Susulan pendedahannya malam tadi, penyanyi dan pelakon Bella menjelaskan dia memerlukan masa untuk memaafkan pelakon wanita yang sebelum ini didakwa pernah cuba untuk merapati suaminya, Aliff Aziz. 

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata sebagai manusia, ia mengambil masa untuk melupakan namun mahu terus memandang ke hadapan terhadap apa yang terjadi.

“Saya ini hanyalah manusia biasa. Mungkin proses ini mengambil masa perlahan-lahan. Yang kejadian sebelum-sebelum ini pun saya dah maaf dan lupakan.

“Mungkin ini kuasa Allah. Saya tidak simpan perasaan dendam dan benci. Cuma kejadian yang terbaru ini saya tak boleh terima.

“Sebagai orang industri, mungkin dia pun tahu apa yang pernah kami lalui. Dia sepatutnya lebih berhati-hati,” katanya.

Bella yang kini sedang bersaing menerusi program realiti, Famili Duo bersama Wany Kayrie turut memberitahu gandingan suaminya bersama pelakon berkenaan juga adalah yang pertama dan terakhir.

“Apapun, Aliff sudah bersetuju untuk tidak lagi bekerjasama dengan pelakon tersebut. Mereka ada sebulan lagi untuk habiskan penggambaran. Aliff pun ajak saya datang ke set kalau ada kelapangan,” katanya lagi.

Ads

“Tak Simpan Dendam Benci, Cuma Kejadian Terbaru Ini Saya Tak Boleh Terima,” – Bella Astillah

“Tak Simpan Dendam Benci, Cuma Kejadian Terbaru Ini Saya Tak Boleh Terima,” – Bella Astillah

Terdahulu, Bella merungkai persoalan mengenai status Insta Storiesnya sebelum ini yang menyentuh mengenai perilaku seseorang yang sekali gus merupakan ‘amaran’ buat individu terbabit supaya tidak lagi behenti menggangu suaminya.

Antara lain, ibu kepada dua cahaya mata itu di dalam pengakuannya turut mendakwa wanita tersebut juga kerap menghubungi suami dalam satu masa.

Ads

Artikel Berkaitan;

“Dia Minta Maaf, Akui Dirinya Bodoh Sebab Tersuka Suami Saya,” – Pelakon Wanita Cantik Cuba ‘Try’ Aliff Aziz? Terkejut Ini Didedah Bella Astillah

“Inilah Yang Dikatakan Fitnah, Kami Berusaha Berdiam Diri Tapi Makin Menjadi,” – Bella Astillah Rungai Situasi, Jawab Dakwaan

“Bila hari-hari ada missed call tujuh hingga lapan kali, rasanya itu tidak perlu. Pada mulanya, saya tak tahu itu nombor siapa. Bila saya minta nombor individu tersebut daripada rakan artis, rupanya memang nombor yang sama.

Ads

“Rasanya individu tersebut pun sedar yang saya dah tahu. Saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang tapi tak pernah pun berhubung selepas waktu kerja.

“Kalau telefon sekali dua, saya faham lagi. Tapi kalau tujuh lapan kali, saya tak nampak sebabnya,” katanya. 

“Tak Simpan Dendam Benci, Cuma Kejadian Terbaru Ini Saya Tak Boleh Terima,” – Bella Astillah“Tak Simpan Dendam Benci, Cuma Kejadian Terbaru Ini Saya Tak Boleh Terima,” – Bella Astillah

Bella bagaimanapun mendedahkan wanita tersebut juga ada menghubungi dan memohon maaf selain mengakui dirinya bodoh kerana tersuka kepada bintang asal Singapura itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI