Pelakon dan pengacara, Shaza Bae berpandangan isu percanggahan pendapat di antara penerbit dan pelakon sebenarnya boleh diatasi sekiranya kedua-dua belah pihak bersedia untuk berbincang dan mencari solusi terbaik.
Menurut Shaza atau nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri, bila kata sepakat dapat dicapai, ia juga secara tidak langsung akan memberikan impak positif sepanjang menjayakan sesebuah projek itu.
“Di sinilah kita menggunakan kekuatan kita sebagai orang Melayu yang memiliki skil untuk berbincang dan negosiasi.
“Kalau boleh, berbincanglah sebaiknya andai ada perkara yang membuatkan kita kurang selesa. Terangkanlah mengenai pemahaman dan pendirian kita.
“Kedua-dua pihak seharusnya sedia berbincang. Sebagai pelakon, mereka ini mungkin punyai batas, kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.
“Namun, sebagai penerbit pula yang telah melaburkan duit dan masa untuk barisan pelakon ini, mereka juga berhak menentukan apa yang mereka mahukan,” katanya kepada MH.
Ads
Juara program realiti Dewi Remaja 2019 itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya berdama MH pada Rabu.
Dalam pada itu, Shaza turut mendedahkan dia juga pernah berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan di set pengambaran, namun, dia lebih memilih untuk bersikap professional daripada bertelagah.
“Saya akan berusaha mencari jalan tengah untuk mengelak daripada bergaduh. Saya merupakan seorang manusia yang tidak suka bergaduh, bertengkar atau bermasam muka.
Ads
“Saya lebih gemarkan situasi yang aman damai.
“Ada ketikanya, saya ada juga berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan di set pengambaran tapi saya telan sahaja dan tunjukkan sikap professional,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, sebagai pendatang baru didalam industri seni, dia akan terus belajar daripada setiap pengalaman yang dilaluinya.
Ads
“Saya hanya ambil yang positif dan negatif saya jadikan teladan. Kalau boleh saya ingin kekalkan sifat sebegini untuk tidak berperang dengan orang lain dan menjaga keharmonian semua pihak.
“Buat apa nak bergaduh kalau kita boleh berbincang dan mengakkan pendirian kita. Lebih baik kita duduk bincang daripada terus buat sidang media,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Shaza memaklumkan dirinya bakal memulakan penggambaran bagi drama terbaru yang berjudul Nikah Cerai Rujuk terbitan JS Pictures.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shaza Bae
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen gara-gara memuat naik video berpimpin tangan di sebuah masjid awal pagi tadi, pelakon, Nad Zainal memaklumkan dirinya telah selamat bernikah dengan aktor, Ungku Ismail pada tanggal 23 Januari lalu.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Nad menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama, Nad Zainal turut berkongsi foto cincin serta beserta mas kahwin yang bernilai RM1000.
Berita gembira itu turut dikongsikan oleh pereka fesyen yang bertanggungjawab menyempurnakan sepersalinan tradisional rona putih buat pasangan pengantin baharu itu.
“Bermula sebagai clien tele SETH&LUNA dan seterusnya diberi kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan diatas tujuh tahun kami bersahabat.
“Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.
“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Nad Zainal dan Ungku Ismail.
“Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah,” tulis pengendali akaun Instagram Seth & Luna.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Nad dang Ungku Ismail akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, sebelum ini, Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin 18 September 2015 namun, memutuskan untuk bercerai pada September tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom kini berusia setahun.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nad Zainal & Seth & Luna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi akui sebak saat melihat perkembangan penyanyi, Zamani yang kini dilihat sudah tidak bongkok lagi dan semakin pulih daripada pembedahan.
Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, dia juga tumpang gembira apabila Zamani kini sudah pun kembali menyanyi semula seperti sedia kala.
“Allahuakbar. Terima kasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal @zamanislam_official kepada dahulu.
“Menitis air mata gembira menonton persembahan pertama Zamani selepas pembedahan. Kurang dari sebulan selepas pembedahan dilakukan,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Hard To Heart itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Menerusi perkongsian video tersebut, Zamani dilihat sedang membuat persembahan sambil berinteraksi bersama peminat
Nyanyian Zamani ternyata mendapat sambutan peminat yang hadir memenuhi setiap ruang.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Zamani akan kekal sihat sampai bila-bila.
“Alhamdulillah, Allah sahaja yang membalasnya. Setiap baik budi mereka yang sama-sama berusaha membantu Abang Zamani. Tahniah Pak Nil.
“Alhamdulillah syukur tapi kena banyakkan berehat juga. Stay strong Zamani.
“Alhamdulillah. Terima kasih Pak Nil. Antara orang yang banyak membantu. Semoga Pak Nil dimurahkan rezeki.
“Alhamdulillah, dia nampak sihat. Happy sangat. Baru boleh enjoy tengok persembahan dia.
“Syukur. Semuanya dengan izin Allah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Aznil merupakan antara individu yang bertanggungjawab mengumpul dana bagi membiayai pembedahan tulang belakang Zamani akibat penyakit skoliosis, awal bulan lalu.
Pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis telah dijalankan di sebuah pusat perubatan di Cheras pada 7 November lalu.
Zamani dibenarkan keluar selepas tiga hari pembedahan dan menjalani rawatan pemulihan di rumah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aznil Haji Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pensyarah, Dr. Diddy Hirdi kurang bersetuju bila ada pihak yang melabelkan program pertandingan nyanyian yang diadakan khusus untuk artis-artis berpengalaman sebagai sesuatu yang memalukan.