Pengarah dan penerbit, Shuhaimi Lua mendedahkan dia kurang gemar sekiranya ada mana-mana pihak yang membawakan semangat negatif di set pengambaran kendaliannya.

Menurut Shuhaimi, dia lebih selesa untuk bekerja didalam keadaan harmoni agar semua pihak dapat memberikan yang terbaik sewaktu menjalankan tugas-tugas mereka.

“Saya Tak Suka Cacian & Makian…,” – Kalau Ada ‘Negative Vibes’… Ini Cara Pengarah Shuhaimi Lua Handle Set Pengambaran “Saya Tak Suka Cacian & Makian…,” – Kalau Ada ‘Negative Vibes’… Ini Cara Pengarah Shuhaimi Lua Handle Set Pengambaran

Katanya lagi, dia juga sebolehnya mahu mengelak daripada menggunakan sebarang kata-kata makian dan cacian sepanjang berada di lokasi pengambaran.

“Tip saya sebagai produser dan pengarah, saya amat tidak selesa kalau ada salah seorg produksi atau krew yang membawa negatif vibe ke dalam set kerana saya suka orang happy.

Ads

“Saya amat tidak suka cacian dan makian di set. Bila mood kita happy kat set semua akan membuat yang terbaik,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan pengarah drama Oh My Hantaran itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di Instagram.

“Saya Tak Suka Cacian & Makian…,” – Kalau Ada ‘Negative Vibes’… Ini Cara Pengarah Shuhaimi Lua Handle Set Pengambaran “Saya Tak Suka Cacian & Makian…,” – Kalau Ada ‘Negative Vibes’… Ini Cara Pengarah Shuhaimi Lua Handle Set Pengambaran

Bagaimanapun, Shuhaimi mengingatkan, meskipun dia gemar akan suasana kerja yang tenang dah harmoni, namun dia tetap mahu anak-anak buahnya untuk terus kekal serius terutamanya ketika sedang bekerja.

Ads

“Dengan mudah memberi ruang kepada pelakon untuk mencorak lakonan yang baik dan sinematografi yang menarik dari DOP serta department lain pun memberi yang terbaik. Tapi soal kerja kita kena serius la,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan pandangan yang sama malah, mereka juga turut memuji cara kerja Shuhaimi ketika di set pengambaran.

“Betul bang. Dulu-dulu bila shooting kadang-kadang jumpa krew yang lebih over dari produser. Rasa nak bagi penampor je. Saya lebih suka bekerja dengan team yang happy dan positif je.

“Betul tu. Masuk set Cik Mi memang enjoy je rasa. Penuh dengan gelak tawa. Tapi part kerja 100%.

Ads

“Tepat. Pernah kerja dengan team pagi-pagi dah maki. Kelam je rasa set tu.

“Setuju. I used to work with your team and feel so comfortable. Harap dapat bekerjasama lagi di masa akan datang,” antara reaksi netizen di laman Instagram.

“Saya Tak Suka Cacian & Makian…,” – Kalau Ada ‘Negative Vibes’… Ini Cara Pengarah Shuhaimi Lua Handle Set Pengambaran “Saya Tak Suka Cacian & Makian…,” – Kalau Ada ‘Negative Vibes’… Ini Cara Pengarah Shuhaimi Lua Handle Set Pengambaran

Terdahulu, Shuhaimi kini difaham sedang sibuk mengarahkan drama yang berjudul Oh My Hantaran yang menampil gandingan pelakon, Noki K-Clique dan Elisya Sandha.

Sumber: Instagram Shuhaimi Lua

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI