Susulan penampilannya yang ada ketika dikatakan seksi atau daring oleh para peminat, pelakon Nora Danish berpendapat sebagai selebriti, dia sedikit sebanyak dia perlu memberi perhatian terhadap komen yang dilontarkan berkenaan imejnya.
Nora atau nama sebenarnya, Nora Danish Mohd Hanif, 40, berkata, peminat berhak untuk menyuarakan sebarang pandangan.
Malah, dia turut terbuka menerima setiap teguran yang diberikan.
“Sebagai selebriti, bidang saya ceburi sangat berkait rapat dengan masyarakat. Jadi, saya tak suka nak berbalah dengan netizen.
“Bagi saya, mereka ada hak nak cakap apa saja. Sebelum ni saya hanya pandang sambil lewa teguran disampaikan.
“Biasanya bila saya pakai sesuatu pakaian, saya tak anggap ia seksi pun. Cuma orang yang memandang tetap akan anggap seksi.
“Tapi saya akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi imej untuk dikongsi di media sosial lepas ini,” katanya kepada MH.
Nora ditemui ketika majlis tayangan filem lakonannya, 7 Minggu Sebelum Kahwin yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menerusi filem terbitan Bloombordia dan KRU Studios itu, Nora digandingkan buat pertama kali dengan ahli kumpulan K-Clique, MK bagi naskhah bergenre komedi romantik tersebut.
Bercerita mengenai pengalaman terlibat di dalam filem tersebut, Nora berkata ketika pengambaran, matanya tiba-tiba berdarah dan ia jelas kelihatan sewaktu pihak media menonton tayangan filem tersebut.
“Saya pun tidak pasti macam mana mata boleh berdarah… nasib baik tak sakit. Mata saya mula berdarah sewaktu hari ketiga sampailah habis penggambaran filem ini.
“Saya ada berlakon cerita lain juga lepas habis penggambaran filem ini sebenarnya.
“Dalam naskhah itu pun masih kelihatan mata saya berdarah. Mungkin berdarah sebab tengok MK kot,” katanya berseloroh.
7 Minggu Sebelum Kahwin yang diarahkan Eyra Rahman itu turut dibintangi Alya Iman, Sham Visa, Yassin Yahya, Ropie dan Vanessa Reynauld.
Ia bakal ditayangkan di saluran Astro First bermula 7 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.