“Saya Takkan Berhenti Mencintaimu,” – Justin Bieber Sambut Ulang Tahun Ke-25 Isteri Dengan Ucapan Romantis

Share

Kisah percintaan Justin Bieber sentiasa menjadi buruan media. Dari satu kisah ke kisah yang lain, akhirnya penyanyi yang mula-mula terkenal menerusi lagu One Time ini menamatkan zaman bujangnya dengan sosialit dan peragawati, Hailiey Baldwin.

Pasangan ini berkahwin pada November 2018 dan tahun ini mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga, Isnin lalu. Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Justin meluahkan rasa cintanya dengan penuh romantis kepada isteri tersayang.

“Hati saya adalah milik kamu. Mata saya milik kamu, bibir saya milik kamu. Saya milik kamu. Saya sangat bersyukur kerana diri ini menjadi milikmu. Kamu adalah milik saya selama-lamanya. Kehidupan ini tidak pernah masuk akal sehinggalah kamu menjadi isteri saya.

“Saya tidak akan berhenti mencintai kamu, saya tidak akan berhenti memegang kamu, dan saya tidak akan berhenti melindungi kamu. Kamu lebih dari cukup untuk saya dan saya akan menghabiskan setiap hari membuat kamu merasa seperti ratu,” ujar jejaka berusia 27 tahun itu.

Antara rakan selebriti yang turut menitipkan ucapan mereka di hantaran Intagram Justin seperti Kim Kardashian dan Romeo Bechkam. Kim mencoretkan kata, “Paling comel! Selamat Hari Jadi Hailey.” Manakala, Romeo pula meningalkan pesanan selamat hari jadi kepada Hailey.

Kisah jalinan cinta di antara Justin dan Hailey bukanlah baru, mereka sudah bertemu ketika masih muda lagi. Bahkan ketika Justin hangat bercinta dengan Selena Gomez, mereka merupakan sahabat baik dan ditambah pula berkongsi kumpulan kawan yang sama menjadikan hubungan mereka semakin erat dan berakhir di jinjang pelamin.

Sumber & Kredit Gambar: Instagram Justin Bieber

+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

Published by
Fiezreen