Pelakon dan pelawak, Along Cham terharu dengan layanan baik yang diberikan oleh seluruh warga kerja Penjara Sungai Buloh sepanjang dia berada di dalam tahanan.
Menurut Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, pihak penjara tidak henti-henti memberikan sokongan sehingga dia dibebaskan pada Isnin lalu.
“Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Sungai Buloh yang sentisa ukirkan senyuman kepada saya. Ini memang satu rahmat.
“Di sana, duit tidak bernilai tetapi sokongan moral menjadi vitamin buat saya sehingga saya keluar.
“Saya masuk di sana dalam keadaan longlai. Bila seorang anak dan bapa yang tiba-tiba berada dalam situasi ini, siapa sahaja yang tak berasa lembik,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Lagenda Budak Hostel itu berkata sedemikian ketika ditemui di perkarangan luar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada Selasa.
Pada masa sama, Along juga tidak dapat menahan sebak bila mengenang kembali momen-momen sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42 di dalam penjara pada 19 Januari lalu.
Ads
“Perkara paling menyeronokkan ketika di sana, sewaktu hari lahir saya, para OKT ini sanggup mengumpulkan roti penjara untuk jadikan sebiji kek buat saya.
“Mereka meletakkan coklat dan tulis nama saya pada kek tersebut. Satu sel menyanyikan lagu hari lahir dan kek itu diberikan kepada saya.
“Ini perkara yang tidak akan saya lupakan. Dikala orang luar lihat mereka ini seperti tiada harapan, anda silap. OKT ini belum jatuh hukum. Mereka sentiasa beri semangat,” ujarnya lagi.
Along Anggap Ujian Ada Hikmah
Malah, bapa kepada seorang cahaya mata ini tetap reda dengan segala ujian yang menimpa dirinya saat ini.
Ads
“Segala yang berlaku ada asbabnya. Saya dapat kembali bersatu dengan ibu yang juga syurga saya. Saya tak anggap perkara ini bala atau bencana untuk saya.
“Allah masih lagi nak tegur saya,” katanya.
Dalam pada itu, Along turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat andaian sendiri susulan keputusannya untuk mengesahkan akan menfailkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi .
“Bila isu ini viral, saya terima banyak komen yang mengatakan jatuh taklik ini disebabkan saya masuk penjara. Itu salah dan anda perlu belajar agama lagi.
Ads
“Lafaz taklik itu bukan untuk lelaki. Ia pesanan suami buat isteri. Carilah guru dan jangan buat penilaian sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, Along mendedahkan Afreena sudah tiga kali melanggar taklik sepanjang tahun lalu.
Lantaran itu, Along bakal mengesahkan akan menfailkan lafaz cerai taklik terhadap Afreena di Mahkamah Syariah Sepang dalam masa terdekat.
Untuk info, Along mendirikan rumah tangga bersama Afreena pada 4 April tahun lalu selepas sembilan tahun menduda.
Isnin lalu, Along membuat sujud syukur di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.
Dalam perkembangan berkaitan, Along turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan lain melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan yang kini tampil berhijab penuh nyata mendapat reaksi positif ramai.
Bukan sahaja peminat, malah rakan artis turut sama tumpang gembira, seterusnya mendoakan agar anak gadis penyanyi senior, Rohana Jalil ini terus istiqamah.
Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain, dia yang mesra disapa Kila menerusi satu perkongsian di YouTube memaklumkan, dirinya terharu kerana sekurang-kurangnya, perubahan yang dilakukan mampu membuatkan kedua orang tuanya gembira.
“Bapa saya yang paling sensitif, berbanding ahli keluarga yang lain. Saya dan bapa… Kami ni macam Hindustan sikitlah. Jadi bila kami saling berpelukan, mata berkaca dan tersentuh.
“Saya terharu sebab sempat tengok bapa saya gembira. Kedua orang tua gembira,” antara kata Kila menerusi video pertama yang dikongsikannya menerusi YouTube itu.
Menerusi klip tersebut yang kini sudah ditonton lebih 60,000 kali itu, bapanya kelihatan terkejut pada awal dan gembira dengan penampilan terkini anaknya lalu keduanya saling memeluk erat dan terlihat sebak.
Sementara itu menerusi ruangan komen terhadap sedutan video sama di Instagram, ramai yang tersentuh dan rasa sebak dengan reaksi spontan dua beranak berkenaan.
Foto: YouTube Kilafairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red memaklumkan dirinya diuji dugaan kuat apabila semalam, dia telah menemani salah seorang anaknya untuk melakukan proses cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Difahamkan, perkahwinan anaknya, Aziera dilanda badai meski baru mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu.
“Masa ni aku lah org paling gembira dapat menikahkn ank ku sendri….dapat menantu.
“Tapi semalam aku pulak teman kn anakku tuk proses bercerai…ya Allah…lagi kuat dugaan Mu.aku dh tak terdaya nak hadapi ni semua…macam2 dugaan…,” tulisnya menerusi satu entri terkini di Instagram.
Memetik Gempak, anaknya seorang perahsia dan dia turut simpati atas nasib menimpa Aziera.
“Dia jenis berahsia, dari dulu dia hidup sendiri. Itu yang saya kasihan dengan nasib dia. Anak saya ini, kalau dia tak susah dia memang tak akan hubungi saya. Namun dia juga rapat dengan Datin Red,” katanya seperti yang dipetik.
Difahamkan, Aziera merupakan anak hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri ketika berusia 20 tahun. Perkahwinan tersebut hanya bertahan selama lima tahun.
Hasil perkahwinan itu juga, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata berusia 20 tahun dan 15 tahun.
Sementara itu, pada 9 Oktober lalu, Datuk Red turut menjadi perhatian ramai apabila telah membantah permohonan cerai Adira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.
Hakim kemudian menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan hakam kes perceraian berkenaan. Pasangan ini berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, keduanya dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk puteri yang baharu sahaja dilahirkan dua bulan lalu.
Foto: Instagram Datuk Red
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nadzmi Adhwa berkongsi video dia dan rakan baiknya, Ardell Aryana sedang ‘recording’ lagu di laman Instagramnya semalam.
Di ruangan kapsyen, Nadzmi mengesahkan bahawa lagunya, Wanitaku bakal mempunyai suara Ardell di dalamnya.
“Nadzmi Adhwa featuring Ardell Aryana #Wanitaku Suara @ardellaryana Coming to you verysoon Habis nyanyi kau terus blah kan sempat lagi bebel kat aku,” tulisnya.
Bagaimanapun, MH suka melihat momen sewaktu Nadzmi berterima kasih kepada Aryana di penghujung video tersebut. Nampak ‘sweet’ sangat.
Turut bersetuju adalah netizen yang sempat menangkap momen bersemut itu. Rata-rata mendoakan jodoh kuat antara kedua-duanya.
Sebelum ini, Ardell pernah membuatkan kejutan sempena ulang tahun kelahiran Nadzmi awal bulan ini dengan memberikannya sebuah telefon pintar, membuatkan pelakon drama Hati Perempuan itu terharu.
Apa-apapun, kita doakan semoga ada jodoh di antara mereka ya!
Foto/Instagram: Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.