“Saya ‘Takut’ Bab Inilah…,” – Graduan Paling Banyak Terima Bunga, Dr. Azizan Osman Syukur Terharu Dirai Luar Biasa

Share

Dirai meriah, puluhan jambangan bunga diterima mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan yang menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan dari Asia E Universiti (AeU), Sabtu, pada hari graduasinya.

Apresiasi itu dilakukan oleh komuniti usahawan Titan yang menghadiri majlis graduasi untuk memberi sokongan selain tanda terima kasih terhadap Azizan yang telah berjaya membimbing mereka membina empayar perniagaan jutaan ringgit.

“Saya takut hari ni bab inilah. Saya dah cakap dengan team saya kalau yang datang setiap seorang bawa bunga, kita dah boleh buka kedai bunga.

“Sangat luar biasa, saya amat berterima kasih kepada Titan kerana mengambil kesempatan meluangkan masa.

“Saya sangat bangga dan tersentuh kerana bukan hari-hari pun kita ada konvokesyen apatah lagi ini PhD yang pertama yang saya terima di Malaysia,” katanya.

Berbicara tentang ilmu, meski sudah melahirkan ramai usahawan berstatus jutawan, namun itu tidak bermakna dia sudah hebat dan tidak perlu lagi mengasah pengetahuan akademik.

Matlamat beliau adalah untuk mempersiap diri agar terus dapat memberi nilai dan panduan berkesan kepada usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam serta luar negara.

“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” katanya selepas menerima ijazah kedoktoran itu sempena konvokesyen AeU di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Dr. Azizan yang bersyukur dengan pengiktirafan itu berkata, banyak rancangan mengembangkan dan membantu usahawan-usahawan kecil di Malaysia dan beliau berharap dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan kerajaan bagi membantu usahawan-usahawan khususnya di luar bandar.

“Ada banyak perkara yang kerajaan lakukan yang saya rasa kita boleh bekerjasama untuk sokong. Contohnya usahawan desa di luar bandar, kita ada training understanding expertise, yang saya rasa kita boleh bantu ramai mereka di luar sana jika boleh bekerjasama dengan lebih baik bersama kerajaan,” katanya lagi.

Menjawab soalan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan empayar perniagaan beenilai jutaan ringgi, beliau  percaya membuatkan ibunya, Hajah Mariah Ahmad  bahagia asbab kepada nikmat rezekinya hari ini.

“Biar betapa sibuknya saya, saya ada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dengan emak saya iaitu emak saya mesti happy!

“Kalau saya lama tak jumpa emak, saya akan cari jalan untuk bertemu dia. Saya juga pastikan emak gembira misalnya melakukan sesuatu yang dia suka, berbuat baik kepada orang yang dia sayang.

“Contohnya bulan lalu saya sangat sibuk di Switzerland tapi sebaik saja pulang ke Malaysia, saya terus rencanakan percutian bersama emak  selama 3 hari di Singapura. Saya juga ada KPI dengan isteri saya, malah sentiasa mencari masa untuk bersama dia dan anak-anak,” katanya.

Beliau menambah lagi, hasratnya yang sentiasa ingin membahagiakan ibu, merupakan jawapan mengapa beliau juga mudah menghadam ilmu sekaligus cemerlang dalam bidang akademik.

“Doa emak saya power! Doanya untuk anak-anak sangat luar biasa. Ada perkara yang sayabrasa tak boleh dan minta emak berdoa, pasti Allah SWT permudahkan,” katanya.

Menyantuni kehidupan dengan berpegang pada dua perkara iaitu mencari keberkatan dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling, merupakan jambatan rezeki  dalam perniagaannya.

Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu.

Malah beliau turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.

Dr. Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan kecintaan dirinya untuk melihat transformasi kejayaan seseorang usahawan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH