Kebanyakkan dari kita apabila mendengar puji-pujian pastinya merasa gembira dan bahagia, namun lain pula yang dialami oleh pelakon jelita, Datin Lisa Surihani yang mengakui sukar baginya menerima puji-pujian melibatkan penghijrahannya.
Sejak memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat sepenuhnya, Lisa menjadi sangat takut dengan perkara puji memuji ini. Tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima komen positif peminat dan warganet.
Lisa Bimbang Pujian Bertukar Menjadi Suka
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka.
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
Pelakon Istanbul Aku Datang itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Ads
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
Hati Manusia Sifat Rapuh, Perlu Berprinsip Untuk Istiqamah!
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
Ads
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab namun dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
Ads
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Lagu Sembilu yang dipersembahkan Syada Amzah di minggu kelima Big Stage 2019 tidak memberi rezeki berterusan buatnya untuk meneruskan saingan apabila disenaraikan di kalangan tiga peserta tercorot, lalu diumumkan sebagai peserta tersingkir atas faktor undian online terendah.
Sejurus persembahan malam tadi, Syada mendapat markah keseluruhan sebanyak 68.00 peratus dari juri profesional.
“Saya terima dengan positif keputusan undian online yang tidak memihak kepada diri saya hingga nama diumumkan sebagai antara dua peserta yang tersingkir.
“Sebabnya, sehari sebelum konsert, pada sesi raptai akhir dan nama saya yang diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Kiranya ia macam kebetulan.
“Malah saya ada beritahu pihak pengurusan saya, boleh atau tidak untuk sediakan ucapan andai terkeluar dalam konsert minggu ini. Saya seperti dapat rasakan perasaan itu,” katanya kepada MH.
Tidak mahu memandang ke belakang, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini sebaliknya tetap menyokong perjalanan rakan artis lain di Big Stage.
“Saya okay dan rasanya peserta yang lain juga lebih layak untuk meneruskan saingan kerana mereka sudah lakukan yang terbaik. Kami sama-sama berpimpinan tangan, melihat susah payah setiap kali membuat persembahan.
“Kami budak-budak yang baru nak belajar, jadi harap semua boleh berikan ruang dan peluang,” pinta Syada optimis.
Dalam perkembangan lain, bintang YouTube ini bakal melancarkan single sulung dalam tempoh terdekat.
Lagu genre Balada itu merupakan hasil ciptaan Helen Yap dan Shila Amzah.
Big Stage 2019 ditayangkan setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Juri jemputan untuk minggu ‘Cannot Brain’ ialah Yusry KRU.
Seprang lagi peserta yang turut tersingkir pada minggu kelima saingan ialah Chaleeda, peserta dari Thailand.
Foto: Instgram Syada Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah.” Itu lafaz yang terungkap oleh Lisa Surihani apabila bercerita mengenai proses rawatan pembedahan lasik yang dijalaninya di Pusat Mata dan Lasik milik Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, baru-baru ini.
Sambil merakamkan rasa syukur, sesi berkenaan berjalan lancar dan prosedur yang dilakukan hanya mengambil tempoh kurang 10 minit.
“Saya menangis. Di bilik rawatan Prof Muhaya, ada surah Al-Fatihah yang dilekatkan pada dinding. Sebelum buat rawatan dibuat, Prof minta saya buka kanta lekap dan bila buka saya sudah tidak nampak akan surah terpapar. Surah tersebut turut disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu.
“Bayangkan selepas selesai, saya buka mata dan terpandang surah Al-Fatihah di posisi sama saya berada sebelum prosedur. Lalu saya ternampak dan menangis terus.
“Saya nampak dan boleh baca. Allah pinjamkan semula nimatNya. Menerusi Prof Muhaya, saya memang rasa sebak ketika itu,” jelas Lisa kepada MH.
Ditanya mengapa mengambil masa agak lama untuk melakukan prosedur tersebut, juri Maharaja Lawa Mega 2019 ini mengakui ia ada berkaitan dengan anxiety dan ‘seriau’.
“Mungkin kerana ada rasa seriau. Namun saya syukur kerana ke tempat yang betul. Sebelum prosedur dimulakan, Prof terlebih dahulu baca doa dan berzikir. Buatkan saya rasa selesa dan beliau sangat membantu.
“Prosedur itu pun kurang dari 10 minit. Mungkin lima atau tujuh minit kot. Saya berikan isyarat ‘thumbs up’ pada ibu yang ketika itu berada di luar dari sisi cermin sebagai tanda saya okay,” kongsinya lagi.
Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed sebelum ini ada mendedahkan dia mengenakan kanta lekap lebih 29 tahun kerana mengalami masalah rabun.
“Saya kenakan kanta lekap kerana saya memang alami masalah rabun dan bukan atas sebab kosmetik. Jadi cara saya pakai dulu, kemungkinan saya perlu lakukan penjagaan yang lebih baik. Misalnya pemakaian kanta lekap tidak boleh lebih dari 11 jam.
“Namun ada ketikanya saya kenakan ia lebih 11 jam malah ada juga bawa sampai ke tidur. Jadi bagi mereka yang perlu pakai kanta lekap, tolonglah jaga perihal mata anda,” ujarnya.
Pada masa sama, bintang berusia 33 tahun ini turut memberi pesan kepada ramai agar sebolehnya, lakukan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali.
Lisa sebelum ini turut memuat naik beberapa posting di Instagram bagi berkongsi pengalaman tidak ternilai itu bersama peminat dan pengikutnya.
Kalau ibu sudah cantik, inikan pula anak gadisnya? Mungkin itulah kata yang sesuai diumpamakan buat si gadis manis bernama Nur Erysha Emyra Zakaria ini.
Erysha merupakan anak kepada pelakon drama senior, Noniswara.
Baru berusia 19 tahun, Erysha yang kini mempunyai lebih 19,000 pengikut di Instagram sering berkongsi foto selfie dan ootd.
Selain memiliki paras menawan, jangan tidak tahu bahawa si gadis manis ini pernah mendapat keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan SPM yang lalu.
Selain Erysha, Nonis atau nama sebenarnya, Noniswara Baharudin turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Naveer Mihshon Zakaria, 22 dan Nazeer Danish, 10.
Jom ‘usha’ beberapa foto gadis ini yang diambil menerusi Instagram;