Mengakui hidup dalam kegelapan sebelum memeluk Islam, pelakon Adam Corrie Lee merasakan dirinya kini turut memikul tanggungjawab untuk menyebarkan kebenaran kepada saudara yang belum Islam.
Malah dia takut sekiranya dipersoal di akhirat kelak andai tidak menjalankan amanah Allah.
“Dahulu saya sebelum saya mengucap dua khalimah syahadah, saya hidup dalam kegelapan. Tiada arah tuju hidup.
“Apabila saya dapat keluar dari kegelapan, saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum Islam betapa indahnya Islam.
“Mereka berhak tahu tentang Islam. Saya takut diakhirat kelak, Allah tanya kenapa tak sebarkan keindahan Islam kepada rakan-rakan yang belum islam,” jelas Corrie.
Ulasnya lagi, tugas berdakwah perlu dilakukan secara berjemaah.
“Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri. kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah.
“Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam.
“Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan.
“Tepuk dada. Tanya iman sendiri. Senyum selalu. Selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang #adamcorrie
#cinaMuslim @kembaraiman.saudarabaru,” kongsinya lagi.
Adam sebelum ini mengakui seorang atheis sebelum mendapat hidayah Allah. Dia memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isteri, Fazema Mohd Fuad pada 2008.
Foto : Instagram Adam Corrie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI