Ramai tidak menyangka bahawa pelakon berdarah kacukan Melayu Filipina, Datin Seri Maria Farida Atienza lebih mesra disapa dengan nama pentas Maria Farida kini sudahpun beusia 54 tahun.
Sehubungan itu, dek kerana mempunyai tubuh badan serta kejeliiaan persis dara yang dimilikinya, ibu seorang anak ini terpaksa berdepan pelbagai persoalan seperti, apa rahsia? Bagaimana kekal awet muda?
Malah, video Maria Farida bersama usahawan, Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman, 51, pernah tular di aplikasi TikTok hingga penampilan Maria Farida yang tidak terlihat dimamah usia menjadi sorotan dan bualan warganet.
Kebanyakkan warganet memberikan kata-kata positif mengenai rupa-paras Maria Farida yang anggun dan masih jelita itu di ruang komen. Malah, ada yang terpegun dan tertanya-tanya ‘rahsia’ kejelitaan aktress ini.
Kejelitaan Maria Farida Sama Seperti Yang Dikongsikan Di Laman Sosial! – Jurusolek
Malah, menerusi satu tangkap layar dari Astro Gempak, seorang jurusolek mendedahkan pernah berkerjasama bersama Maria Farida. Menurut individu itu, memang jelas kulit dan rupa Datin Maria memang seperti yang di kongsinya dalam laman media sosial.
“Saya pernah makeup Datin Maria Farida di rumahnya. 2 tahun lepas. Kulit dia memang cantik tiada satu pun garisan tua…cekang orang kata,
“Dan kulit dia tak perlu pakai foundation. Bila pakai foundation nampak sikit kering even yang liquid. Jadi datin maria memang tak suka pakai foundation pun,
“Tapi body kulit semua macam anak dara…memang segaklah orang kata…kalah kita yang muda.” ujarnya di ruangan komen.
Maria Farida Tak Buat Rawatan Estetik Kerana Takut Jarum
Datin Maria Farida juga pernah di soal dan di kata membuat rawatan di spa dan sebagainya untuk mengekalkan kecantikan rupa parasnya.
Tetapi, dia lebih mempercayai cara semula jadi untuk menjaga badannya. Maria mengakui hampir setiap hari, dia berdepan dakwaan dan kecaman di media sosial.
“Saya hadap perkara ini. Asyik tanya klinik mana? Suntik apa? Pada tahap ini, saya tak tahu, nak marah atau anggap itu sebagai pujian.
“Hakikatnya, saya tak buat apa-apa. Percaya atau tidak? Terpulang. Saya takut jarum dan kesakitan.
“Pada saya, kecantikan yang dianugerahkan mungkin ada kaitan dengan genetik saya. Dan mungkin saya sentiasa gembira dan selalu positif,” katanya.
Sumber info: Astro Gempak, Instagram Datin Maria Farida & Utusan Malaysia