“Saya Tanya Ni Bukan Sebab…,” – Rancang Mahu Cucuk Vaksin Lagi, Michael Ang Ingin Tahu Jenama Vaksin Paling Berkesan

Share

Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada bertanyakan soalan berhubung jenama vaksin yang memiliki daya tahap perlindungan paling tinggi bersama para pengikut di laman media sosial Instagram.

Meski sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, namun Michael memberitahu, dia merancang dan berhasrat untuk menerima suntikan vaksin tambahan.

Jelasnya, dia mahu melakukan tindakan sedemikian sekiranya ia sudah mula dipasarkan secara terbuka di seluruh negara pada masa akan datang.

“Salam semua. Siapa tahu info ni atau mana boleh dpt info ni? Luv u all n be safe. Ok guys I Tanya ni bukan sebab Tak tahu vaccine ni bukan penawar.

“I Tanya ni sebab nak tahu vaccine brand apa tahap perlindungan nya lebih tinggi. Mana tahu satu hari Nanti boleh beli vaccine yg lain Di open market tahu la vaccine apa lagi nak cucuk.

“Tu aje. Chill ya Jgn stress stress. By the way I dah vaccine ya. Bukan antivax. Sensitive naw rakyat Malaysia,” tulisnya menerusi entri tersebut.

Melihat di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut berkongsi pendapat serta pengalaman masing-masing berhubung perkara tersebut.

Foto: Instagram Michael Ang

Published by
Nazar Rafiqhi