Peringatan yang cukup keras daripada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador buat semua ahli politik dalam berpilitik.
Perkongsian menerusi Instagram 501Awani itu berkisar kepada kekecohan yang timbul di kalangan ahli politik sehingga menyukarkan pihak polis memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat.
Ulas Abdul Hamid, disebabkan adanya politik tidak bertanggungjawab, pihak polis terpaksa berbelanja lebih semata-mata untuk menerbangkan anggota ke kawasan terbabit seterusnya mampu menghalang pihak polis daripada meningkatkan mutu dan servis perkhidmatan.
“Saya menyeru kepada ahli politik agar berpolitik di dalam kancah kalangan perimeter mereka sendiri. Jangan limpahkan keluar sehingga menyebabkan orang ramai rasa terbeban.
Ads
“Disebabkan apa yang berlaku, pihak kami Polis Diraja Malaysia terpaksa berbelanja lebih untuk kami menerbangkan anggota kami ke sana sini.
“Membuang masa dan saya meminta agar mereka supaya berpolitik dalam kalangan sendiri. Jangan sesekali membuat pakatan jahat. Saya tegas dengan kenyataan saya.
Ads
“Pihak polis perlukan masa untuk menumpukan kepada kerja. Kami berusaha meningkan integriti pasukan, integrity service delivery kepada orang ramai kerana itu adalah tanggungjawab kami. Namun apabila dibebakan kepada perkara remeh sebegini, ia mengaibkan dan tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.
Pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud memuji mutu lakonan yang telah ditampilkan oleh para pelakon tambahan drama Ayahanda yang disifatkan semakin mendapat perhatian di kalangan penonton.
Jelas Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, kesemua individu ini telah pun menghidupkan watak mereka sebaiknya dan secara tidak langsung telah memberikan sokongan yang baik buat para pelakon utama.
Katanya lagi, konflik yang dicetuskan oleh mereka ini turut telah berjaya menimbulkan rasa amarah di kalangan para penonton.
“Hero-hero kampung yang tak didendang dalam “AYAHANDA”. Mereka ni la yang mencetuskan konflik dalam drama ni.
“Pelakon pembantu pun main
peranan penting untuk membantu
pelakon utama. Menjadi sungguh lakonan mereka sampai ramai yang nak
pukul diaorang ni,” tulisnya.
Pujian tersebut dikongsikan oleh Ogy yang membawa watak Noriah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ogy turut memaklumkan, kesemua mereka ini wajar diberikan pujian kerana telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam menerusi kualiti lakonan yang mantap di dalam drama tersebut.
“Tahniah dan tepukan gemuruh. Chem Amar @chem_amar (Mat Rejab) dia hero filem “Chowrasta”. Hafeezul Yob (Mat Chin) dia ni penulis skrip @hafeezuwhy dan Mohd Azril Zainol (Roslan)
@hasbaen ni anak murid saya. Kamu bertiga berjaya meninggalkan impak dalam “AYAHANDA” bravo,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selaik turut memuji perana yang telah dimainkan oleh seluru tenaga kerja drama Ayahanda ini.
“Rasa nak cili mulut masing-masing. Hehe. Good job guys.
“Pergi sembahyang tapi kuat mengutuk depa ni.
“Yang tengah tu asal tengok muka dia urut dada. Sabar jelah.
“Aku kalau jumpa Mat Rejab ni tah tahulah nak ambil gambar ke nak penampar. Geram betul dengan muka dan perangai.
“Tahniah kepada seluruh kru, pelakon dan pengarah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, drama, Ayahanda bersiaran pada setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di saluran TV3.
Selain Ogy, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Jalil Hamid, Fikry Ibrahim, Noor Khiriah dan ramai lagi.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Ogy Ahmad Daud
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Shila Amzah tidak ambil serius mengenai usikan yang dibuat hos Gegar Vaganza 9 (GV9) mengenai bekas teman rapatnya, aktor Sharnaaz Ahmad sejurus selesai membuat persembahan, malam tadi.
Shila berkata, dia sudah bersedia dengan sebarang situasi apatah lagi perjalanannya di dalam dunia seni banyak mematangkan diri.
“Ini showbiz… Saya sudah sampai di satu tahap kalauditanya ketika usia saya 22 tahun mungkin saya macam… ‘kenapa ek?’. Tapi sekarang kalau ditanya soalan sedemikian saya okay saja.
“Alhamdulillah, saya semakin matang untuk kawal keadaan. Sebab itu saya cakap, saya membesar di hadapan lensa kamera.
“Kadang benda tak elok yang saya pernah lakukan sebelum ini pun terlihat di mata orang juga. Bagi saya yang sudah terjadi biarkan berlalu.
“Cuma kalau saya nak menyalahkan orang yang mungkin masih berkata atau ingat, untuk saya pergi pada mereka dan minta untuk melupakan, tak perlulah,” katanya kepada MH.
Malah Shila akui hanya mengetahui keberadaan Sharnaaz yang berada di bahagian penonton sejurus diusik Elly.
“Saya okay je. Lagi pun kita sayang Kak Lina. Bagi saya cara dia mengusik pun manja-manja. Mereka (Sharnaaz dan Elly) pun pernah menjadi hos bersama untuk sebuah program.
“Cuma mujur juga Haji Nabil tiada, kalau tidak bukan di atas pentas saja, di belakang pentang pun dia mungkin akan sambung usik,” seloroh Shila.
Ditanya sama ada dia bersikap profesional sekiranya mendapat tawaran berkerjasama dengan pelakon lelaki itu atas kapasiti kerja, Shila memilih untuk melihat karya terlebih dulu.
“Ia bergantung kepada apa projek tersebut. Bagaimana dengan naskhah, berbaloi atau sebaliknya. Sekiranya ada, saya tiada masalah untuk menelitinya terlebih dulu.
“Sebab bimbang dan tidak mahu andai contoh saya terima tawaran tersebut, ia sebenarnya atas dasar mereka mahu menghidupkan sesuatu yang sudah tiada.
“Atau mungkin mahu menggunakan situasi yang ada, itu tak seronoklah. Akhirnya nanti apa yang lebih terlihat ialah perkara yang sudah tidak ada itu.
“Kalau boleh, perkara sedemikian yang saya mahu elakkan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan insiden membabitkan diri serta anaknya, Laana Haura, penyanyi dan pelakon Lufya Omar mengakui dia sudah pun membuat laporan polis, pagi tadi.
Meski masih trauma selepas berdepan detik cemas dipukuldi bahagian kepala dan badan dengan kayu dalam cubaan menculik anaknya di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Lufya menjelaskan laporan tersebut polis dibuat di Balai Polis Kota Damansara sekitar kira-kira jam 6 pagi.
“Tak ada istilah saya cuba membuat drama atau mengada-adakan cerita kerana melengahkan urusan membuat laporan polis. Ini soal nyawa yang bukan boleh diperjudikan.
“Jujur saya dan anak masih dalam keadaan trauma. Malah pada masa sama, saya juga dalam rawatan di hospital. Jadi saya ambil masa bertenang untuk bawa hal ini kepada pihak polis.
“Selepas rawatan di hospital pagi tadi, saya dan anak ke balai polis. Kebetulan waktu itu tiada ramai orang, jadi kurang sedikit rasa trauma itu. Setakat ini saya serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya.
Terdahulu, di dalam kejadian jam 4 petang 26 Jun lalu, Lufya mendakwa seorang lelaki berbadan besar telah memukulnya dengan teruk ketika cuba menyelamatkan anaknya.
Sementara itu, Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar menafikan lelaki yang memukulnya itu adalah bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.
“Lelaki itu orang asing yang saya sendiri tak kenal. Dan bukan bekas suami saya seperti yang ditebak netizen.
“Ada yang anggap keterangan gambar saya mendedahkan insiden ini di Instagram (IG) bertulis lelaki dayus merujuk kepadanya itu tidak benar sama sekali.
“Bagi saya mana-mana lelaki yang memukul wanita adalah seorang dayus. Kita belum tahu siapa pelakunya. Cuma jangan babitkan dia (Hafiz), biar polis buat kerja mereka,” katanya lagi.
Lufya pada masa sama menjelaskan, niatnya berkongsi insiden itu di Instagram sebagai langkah berhati-hati kepada golongan wanita terutama yang mempunyai anak.
“Sejujurnya saya risau dengan komuniti masyarakat di Damansara, sebab itu saya beranikan diri mendedahkan insiden itu. Walaupun saya masih tebal dengan perasaan trauma.
“Malah saya difahamkan sebelum saya kena pun, sudah berlaku kejadian sama,” katanya.
Lufya menyifatkan peristiwa hitam itu umpama babak drama yang ditontonnya di kaca TV dan pawagam.
“Selama ini, saya melihat babak atau aksi ganas dalam kaca televisyen dan pawagam.
“Namun, saya menempuhnya sendiri, dua hari lalu. Lelaki ini memukul saya dengan kayu pada bahagian kepala dan badan menyebabkan saya alami kecederaan agak teruk.
“Syukur, saya dan anak selamat. Ketika kejadian, Laana sempat menjerit meminta tolong, namun, tiada sesiapa di tempat kejadian dapat membantu.
“Nasib baik, saya pernah belajar bertinju, jadi boleh mempertahankan diri apabila berlaku situasi tak terduga ini.
“Saya sempat menendang muka dan menumbuk alat sulit lelaki ini, sebelum berjaya menyelamatkan diri,” dakwa Lufya.
Pengusaha Luvyacakes itu menambah, sebagai manusia, dia harus sentiasa peka dan berjaga-jaga dalam apa juga situasi.
“Selalunya golongan wanita dianggap lemah, jadi ada ilmu mempertahankan diri.
“Dengan izin Tuhan, saya dapat melawan, sekali gus, menyelamatkan anak.
“Manusia zaman sekarang sanggup buat perkara keji dan semakin hilang perikemanusiaan,” katanya.
Menerusi Harian Metro pada Selasa, Hafiz
menafikan dia terbabit dengan insiden itu dan mendakwa tuduhan netizen adalah fitnah.
Katanya, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak.
“Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.
“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.
“Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!