
Pelakon Remy Ishak menarik diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34), tahun ini.
Menurut aktor kacak berusia 39 tahun itu, dia mengumumkan perkara tersebut untuk bagi memberikan peluang kepada individu lain yang dirasakan lebih layak.
“Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH34.
“Memandangkan tahun lalu produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang saya berpendapat, peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding.
“Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat yang selama ini menyokong saya,” kongsinya menerusi satu status yang dimuat naik di Insta Stories, pada Rabu.
Sebelum ini, Zul Ariffin turut mengambil keputusan untuk menarik diri anugerah tahunan berkenaan bagi memberikan fokus kepada kerjanya dan produk seninya akan datang.
Untuk rekod, Remy pernah memenangi beberapa kategori dalam ABPBH, iaitu Gandingan Serasi Drama Popular bersama Mira Filzah pada ABPBH ke-32, selain menyandang trofi Pelakon TV Lelaki Popular pada ABPBH23.
Bagi edisi tahun ini, Remy tercalon dalam kategori Pelakon Drama Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Belakang Rumah Hingga Sukses Miliki Kilang 3 Ekar, Cerita Pemilik Empayar Minyak Wangi Ini Buat Ramai Terinspirasi!

Siapa sangka perniagaan jenama wangian terkenal SugarBomb yang asalnya hanya bermula dari ruangan pejabat kecil di belakang rumah kini mampu memiliki kilang dan gudang wangian berkeluasan tiga ekar di Meru, Klang.
Jenama milik syarikat SugarBomb Worldwide Sdn Bhd yang diasaskan sejak 2017 itu dan ditunjangi pengasasnya, Ahmad Azhari Rosli kini sukses melakar jaya.
Ahmad Azhari, 30, atau lebih mesra dengan panggilan Bos A ialah graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeronatik di University Of Bristol, United Kingdom (UK), namun memilih cabang perniagaan hingga menjadi saudagar wangian.
“Saya sendiri tidak menyangka susah payah belajar bidang kejuruteraan aeronatik membuka lembaran lain. Hingga menjadi punca rezeki saya dan ramai orang.
“Masa belajar di luar negara pun saya bekerja sambilan sebagai ‘cleaner’ untuk menampung kos sara hidup. Saya cuci tandas, bangunan, ruang legar dan macam macam. Kerja dalam cabang pemandu pelancong pun saya pernah,” katanya.
Namun sejurus tamat pengajian pada tahun 2015, laluan masa depan lelaki bapa kepada dua cahaya mata ini ketika itu masih samar.
“Bayangkan daripada puluhan ‘resume’ yang dihantar, hanya 10 syarikat memanggil saya untuk ditemuduga. Namun semuanya hampa, saya ditolak mentah-mentah kerana tiada pengalaman kerja.
“Dalam kehampaan dan kekecewaan tak terbendung, saya bangkit. Masa itu saya sanggup buat apa saja kerja termasuk menjual kek secara dalam talian dan mengambil upah memandu lori untuk menghantar barang.
“Akhirnya cabang niaga yang lebih menyebelahi saya. Lagipun saya dibesarkan dalam dunia niaga. Kemudian, berjinak-jinak dengan industri minyak wangi dan disertai Dr Muhammad Zamir Othman. Kami belajar di universiti sama di UK,” katanya yang mula membuat penyelidikan dan mencari pembekal bahan bancuhan minyak wangi di UK.
Lalu mereka bawa balik bancuhan itu ke Malaysia dan memulakan pembuatan minyak wangi sendiri.
“Masa itu memang saya tak ada cukup duit untuk menyewa bangunan pejabat. Ceburi perniagaan ini pun hanya bermodalkan RM15,000. Dari 600 botol berkembang sampai ribuan.
“Sekarang, Sugarbomb mampu keluarkan satu hingga tiga juta unit dengan pelbagai rangkaian minyak wangi hingga ke penyegar udara dalam masa sebulan,” katanya.
Kehadiran Zamir umpama melengkapi minat Boss A. Malah pada tahun 2020 fasa awal pandemik, Zamir bersama pasukan kerjanya memperkenalkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri untuk jenama itu.
“2020 juga lonjakan kami untuk agresif dalam skop pemasaran. Nama jenama itu juga semakin dikenali. Kami ada kilang dan R&D sendiri kerana mempunyai mesin bancuhan minyak wangi.
“Malah selepas kemasukan pasukan kerja Zamir, rangkaian produk semakin bertambah. Dulu hanya ada minyak wangi dan penyegar udara. Sekarang, ada sanitasi tangan, penyegar fabrik, dan sebagainya.
“Tahun ini kami mahu buktikan golongan bumiputera juga mampu memiliki kilang tiga ekar yang mampu mengeluarkan pelbagai produk wangian. Malah tahun ini juga kami membuka pintu untuk menghasilkan produk-produk yang seangkatan daripada jenama pesaing,” katanya yang kini mempunyai lebih 5,000 pengedar (agen dan stokis) aktif di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Turut alu-alukan ramai lagi yang berminat untuk sama -sama menjana pendapatan. Mereka juga optimis untuk mencapai jualan sehingga RM70 juta dengan sokongan daripada ‘reseller’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maafin Saya Kalian, Tersasul Pulak!,” – Bila ‘Ramadan Tiba Bertukar Marhaban Tiba’, Sherry Alhadad Selamba Nyanyi, Sempat Tanya Dah Live Ke Belum!

Perkongsian satu video pendek dari hos dan pelakon, Sherry Alhadad nyata mencuri tumpuan.
Babak spontan itu berlaku ketika program hiburan, Muzik-Muzik 35 dirakam bersama rakan pengacara, Haziq Husni pada Isnin malam.
Menerusi rakaman video yang dikongsi, Sherry ada menyanyikan bait lagu saat pembukaan rancangan berkenaan bersempena Ramadan.
Melucukan apabila pengacara berusia 35 tahun itu tersikap lirik menyanyikan lagu itu ketika bersiaran langsung!
“Maafin saya kalian , tersasul pulak! @haziq_hotfm pun tunggu la nak masuk manakala ..keciwa @muzikmuzik_official @tv3malaysia#ramadhanalmubaraq
“#muzikmuzik35#sherrybuathallagi#ramadhan#sherryalhadad,” tulisnya.
Sejurus ditegur rakan pengacara, Sherry tersipu dan ketawa sambil bertanya sama ia program sudah bersiaran atau sebaliknya.
Lantas, rata-rata peminat tidak kering gusi apabila melihat gelagat Sherry yang kelakar dan menghiburkan.
Malah, rakan selebriti turut memberikan reaksi.
Sekadar informasi, lagu Ramadan Tiba merupakan sebuah lagu keagamaan yang dinyanyikan penyanyi dari Indonesia, Opick.
Video: Instagram Sherry Alhadad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mana Saya Sempat Baca, Saya Bacakan. Mana Yang Tidak, Moga Allah Mendengar,” – Terima Kiriman Doa, Erra Fazira Syukur Selesai Tunai Fardhu Haji Tanpa Mahram

Primadona alaf baru, Erra Fazira meluahkan rasa syukur kerana telah selesai menjalani Rukun Islam Kelima fardhu haji di tanah suci.
Kongsi Erra menerusi video yang dimuat naik di Insta Storiesnya, heroin Persona Non Grata ini tidak menafikan menerima banyak kiriman doa dari orang ramai.
Malah, difahamkan bintang ini turut berkesempatan membacakan doa yang dipesan untuk dibaca depan Kaabah.
“Assalamualaikum semua. Salam dari Mekah. Alhamdulillah semua urusan ibadah Haji dapat dilaksanakan dengan baik. Syukur Alhamdulillah.
“Kepada semua yang mendoakan dan semoga ibadah haji saya dan jemaah haji yang lain diterima Allah. Semoga mendapat Haji yang mabrur.
Saya juga ingin memberitahu yang saya banyak menerima pesanan kiriman doa. Ada yang sempat saya bacakan, kalau tak sempat baca, mungkin saya terlepas pandang, tapi saya tetap doakan.
“Semoga dimakbulkan doa-doa yang kalian kirimkan. Sebab banyak sangat dapat mesej. Kadang-kadang dah lepas satu tempat yang afdal itu, saya buka masih ada mesej lagi.
“Jadi kemungkinan saya sempat baca, dan ada juga yang tak sempat baca. Saya minta maaf sangat.
“Mana yang saya sempat baca, saya bacakan. Mana yang tidak, moga Allah mendengar dan makbulkan. Walaupun saya tidak membaca di tempat yang sepatutnya yang diinginkan,” akhiri Erra menerusi video lalu diakhiri dengan salam.
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/08/69479369_671599619992298_1234303975533562501_n.mp4?_=1
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/08/69438125_153749709023515_8944646731660254105_n.mp4?_=2Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/08/69198966_340889863463780_5484165032678091483_n.mp4?_=3Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/08/68982887_158185065238276_6937524008794703462_n.mp4?_=4Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/08/68855296_204355687218012_4779654425487038296_n.mp4?_=5Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/08/69183206_380984579256901_6565036336187273526_n.mp4?_=6Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Muat Turun Fail: https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/08/69451292_146121679784327_9054740143391763351_n.mp4?_=7Terdahulu, pemergian Erra ke tanah suci mendapat perhatian ramai apabila dia mengakui berangkat sendirian tanpa mahram.
Video : Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI