“Saya Telah Maklumkan Kepada Pihak Penganjur,” – Pernah Ungguli Trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Remy Ishak Pilih Tarik Diri ABPBH Tahun Ini

Share

Pelakon Remy Ishak menarik diri daripada pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34), tahun ini.

Menurut aktor kacak berusia 39 tahun itu, dia mengumumkan perkara tersebut untuk bagi memberikan peluang kepada individu lain yang dirasakan lebih layak.

“Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak dicalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH34.

“Memandangkan tahun lalu produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang saya berpendapat, peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penganjur dan peminat yang selama ini menyokong saya,” kongsinya menerusi satu status yang dimuat naik di Insta Stories, pada Rabu.

Sebelum ini, Zul Ariffin turut mengambil keputusan untuk menarik diri anugerah tahunan berkenaan bagi memberikan fokus kepada kerjanya dan produk seninya akan datang.

Untuk rekod, Remy pernah memenangi beberapa kategori dalam ABPBH, iaitu Gandingan Serasi Drama Popular bersama Mira Filzah pada ABPBH ke-32, selain menyandang trofi Pelakon TV Lelaki Popular pada ABPBH23.

Bagi edisi tahun ini, Remy tercalon dalam kategori Pelakon Drama Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular.

Published by
MH