“Saya Telah Mengarahkan Peguam Untuk Tindakan Sewajarnya…”

Share

Pelakon Aniq Suhair tampil menjelaskan gosip panas di media sosial yang mengaitkan dirinya baru-baru ini.

Menurut Aniq, ia adalah satu dakwaan berniat jahat bagi menjejaskan reputasi dan kini menyerahkan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.   

“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.

“Saya telahpun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman,” jelasnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan Aniq menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram, petang Khamis.

Sementara itu, Aniq turut memaklumkan bakal membuat laporan polis mengenai hal yang berkaitan.

“Atas nasihat peguam saya, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang.

“Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH