Ditemui pada majlis Malam Gala Tayangan Filem Pusaka baru-baru ini, kelibat salah seorang pelakonnya, Sweet Qismina mencuri perhatian apabila muncul dengan imej rambut rona jingga kemerah-merahan.
Tiada lagi rambut hitam berkilat paras lepas bahunya yang dipuji ramai pihak sebagaimana yang sering dilihat sebelum ini.
Ditanya mengenai penampilan terkininya itu, pemilik nama lengkap Farhanna Qismina Supandi ini menjelaskan, rambut hitam berkilat diwarnakan adalah sekadar memenuhi tuntutan watak drama terkini lakonannya, Titian Takdir.
“Sebenarnya saya risau juga dengan pendapat netizen kerana mereka suka membuat kecaman andai melihat warna rambut ketika ini.
“Namun saya telah menjelaskan di Instagram bahawa tidak lama dulu bahasa ia ia adalah atas komitmen watak terbaru dan lega bila ada yang faham serta dapat menerimanya.
“Jujurnya saya sendiri kurang selesa membawa imej sebegini, akan tetapi atas kehendak watak saya cuba untuk bawa ia sebaik mungkin,” jelas Sweet Qismina yang tidak mahu isu ini terusan menjadi pertanyaan ramai.
Terdahulu, Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober depan!
Foto: Instagram Sweet Qismina