Khabar duka menimpa pelakon, Anita Baharom selepas suaminya, Ismadi Ismail, 50, disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, jam 8 pagi, hari ini.
Berita mengejutkan itu dikongsikan sendiri oleh Anita menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, Anita memaklumkan dia menyedari mengenai perkara tersebut selepas suaminya dikatakan tertidur dan tidak memberikan respons apabila cuba dikejut.
“Pagi tadi, lebih kurang jam 8 pagi, saya bersiap-siap untuk ke masjid sebab ada pembentangan untuk program masjid berhampiran rumah sepanjang 2022.
“Saya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan suami bantu saya untuk siapkan bahan pembentangan. Pagi tadi, dia cakap nak hantar saya ke rumah kawan yang juga AJK masjid. Sementara menunggu saya siap, dia terlelap sekejap di ruang tamu.
“Saya tengok dia tidur telangkup. Saya kejut tapi tak ada respon. Senyap, tak bergerak langsung. Saya tolak-tolak badan dia dan bila pegang tangan dia, dah rasa sejuk dah,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut menambah, suaminya itu tidak mempunyai sebarang penyakit kronik malah dia juga merupakan yang amat mementingkan mengenai soal kesihatan.
“Dia ada sakit kencing manis, tapi dia benar-benar menjaga kesihatannya. Sebelum ini pun, dia dalam keadaan baik dan boleh bekerja. Antara acara yang membabitkannya baru-baru ini adalah Konsert A Night With Aina Abdul.
“Tadi, pihak hospital dah datang ke rumah untuk mengesahkan kematiannya,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Anita turut memberitahu, suaminya itu ada kalanya suka bergurau mengenai soal kematian dan dia juga sering merasakan dirinya akan pergi dahulu sebelum isterinya.
“Dia selalu bergurau mengenai kematian. Katanya, dia akan pergi dulu. Dia pesan juga kalau dia meninggal dunia, kebumikan di kawasan tempat dia meninggal dunia.
“Jadi, kalau tak ada aral melintang, semuanya akan diuruskan di rumah atau masjid,” ujarnya lagi.
Ads
Menerusi hantaran terkini di ruangan Instagram stories, Anita memaklumkan jenazah suaminya itu kini berasa di Masjid Ar-Raudhah, Puncak Perdana dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru, Klang.
Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Harian Metro & Instagram Anita Baharom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Buletin FM, Muaz Mohamed melahirkan perasaan teruja menimang cahaya mata ketiga selepas isteri, Ediana Aziz selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada malam Selasa lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Muaz atau nama sebenarnya, Muazanazzuddin Mohamed menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua, kelmarin tepat jam 8.18 malam bersamaan 16 Ogos (Selasa), cinta hati saya selamat melahirkan anak perempuan pertama kami.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih atas doa dan kata-kata indah yang telah dititipkan,” tulis Muaz.
Dalam perkongsian itu juga, Muaz turut mendoakan anak perempuan tunggalnya itu akan menjadi anak yang solehah serta mempunyai baik budi pekerti.
“Selamat lahir ke dunia anakanda yang cantik nan jelita. Semoga kelak bisa menjadi anak yang baik akhlaknya, budi pekertinya dan menjadi bunga yang sentiasa mewarnai keluarga kita.
“Daddy, Mummy, Abang Emir dan Ezra love you.
“Jaga-jaga daddy akan follow ke mana-mana sahaja awak pergi ok,” tulis Muaz lagi.
Muaz bagaimanapun belum berkongsi wajah serta nama puterinya buat tatapan umum.
Penyampai radio berusia 38 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Ediana pada 16 Februari 2013.
Mereka turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Emirza Mukhriz, 8, dan Ezra Mikhail, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Muaz Mohamed
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam merupakan Hari Ibu bagi memperingati insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita.
Justeru, orang ramai termasuk para selebriti turut menitip ucapan manis buat ibu masing-masing dengan dengan tawa, peluk dan cium lalu dikongsikan di media sosial.
Bagaimanapun, pelakon Talha Harith Amir telah menitip ucapan sedih buat ibu tercinta yang telah kembali ke rahmatullah.
“Tanpa beliau berdua tiada nya saya disini… besar jasa beliau namun sehingga kini aku masih merasakan aku tidak lagi dpt membahagiakan mereka … namun satu perkara yg ingin mereka tahu bahawa Aku amat menyayangi mereka…
“Satu telah pergi sebelum ku ,aku harap ya Allah kali ini jika ingin kan lagi pilih lah aku dahulu sebelum nya,” tulisnya.
Penyanyi Marsha Milan akhirnya berkesempatan untuk pulang ke kampung halamannya di Sabah sambil membawa bersama trofi kemenangannya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), baru-baru ini.
Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram, Marsha dilihat memuat naik sekeping foto dirinya bersama kedua orang tuanya sambil mengenggam trofi tersebut sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Sambil memberikan dedikasi, bintang program Akasemi Fantasia musim ketiga ini mendedahkan dia pernah membuat kedua orang tuanya berasa kecewa, sebelum ini memandangkan dia bukan terdiri daripada pelajar terbaik ketika di bangku sekolah.
“Came home and brought my trophies home for my mom n dad to see! I was never good at school and it was frustrating for me coz i felt like i was not good enough and let my mom n dad down.
“Although My mom n dad tak tau sangat what Is AJL (walaupun beribu kali explain AJL ialah Anugerah untuk lagu yang terbaik hasil karya dari anak seni Malaysia…tetap mcm AJL?)
“Tapi apa pun bila tunjuk my trophies the look on their face was just so precious indescribable feeling.. i love you mom & dad,” tulisnya.
Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka.
Imbas kembali, Marsha memenangi kategori Persembahan Terbaik seterusnya Naib Juara AJL36 menerusi lagu Cinta hasilan komposer Akim Ahmad (Hang Nadim) dan isterinya, Stacy (Bunga Cantik).
Pentas akhir AJL36 lalu dipancarkan dari Dewan Merdeka, WTCKL, Kuala Lumpur dan bersiaran langsung di TV3, pada 6 Mac 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!