Penyanyi Shila Amzah menepis dakwaan wanita dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani yang didakwa menjadi punca keretakan hubungan di antara kedua ibu bapanya sebagai rakan.
Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, menegaskan, wanita berkenaan juga tidak layak untuk mendapat gelaran sedemikian.
Namun mengakui dia sudah mengenalinya sejak di bangku persekolahan lagi.
“Sudah tentu (mengenali wanita itu), pada saya tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu. Saya tiada ucapan baik mahupun buruk kepadanya.
“Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci. Saya rasa dia tidak layak menerima apa sahaja rasa daripada saya.
“Semasa zaman persekolahan memang dia adalah kawan rapat saya dan dia selalu tidur di rumah saya. Kami memang sangat rapat. Jadi, dia selalu bercerita mengenai masalahnya kepada saya,” katanya.
Ibu kepada cahaya mata itu juga menjelaskan hubungan itu sudah lama terputus, lebih-lebih lagi apabika tindakan wanita itu memberi kesan terhadap keluarganya.
“Semasa dewasa pula kami memang sudah tidak begitu rapat kerana dia seorang yang suka menghilangkan diri. Saya anggap kami tiada persefahaman sahaja.
“Tapi, dia lebih rapat dengan mak saya berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya.
“Perkataan kawan dan baik tidak sesuai untuk dia. Mungkin kedengaran kasar tapi itulah kenyataannya. Sebagai seorang wanita memang akan terasa apabila berhadapan dengan situasi seperti ini,” katanya.
Shila bagaimanapun percaya, ada perkara baik menanti mereka sekeluarga di kemudian hari.
“Ini adalah ujian ke atas keluarga saya atau satu perkara yang menjadi titik tolak untuk kami perbaiki pada masa akan datang. Mungkin ada keadaan atau kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
“Saya percaya ada hikmah disebaliknya. Bagi saya, apabila ada perkara buruk berlaku, saya tidak akan melihat secara keseluruhannya adalah buruk kerana tiada apa yang abadi di dunia ini.
“Di dalam dunia ini kita boleh usaha dan ikhtiar mencari kebahagiaan sendiri, tapi tiada siapa yang dijanjikan kesempurnaan dan keabadian.
“Jadi, apa yang terjadi itu adalah asbab (untuk menjadi lebih baik). Saya reda dan berdamai dengan apa jua keadaan,” katanya lagi.
Terdahulu, kemelut rumah tangga bapa Shila iaitu ND Lala tercetus apabila isterinya, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ di Instagram miliknya.
Pada hantaran sama yang dikemas kini semula, Fauziah memuat naik foto wanita terbabit dengan keterangan gambar ditulis, ‘Isteri Dato’ ND Lala… Datin Siti Munirah Abd Ghani’.
Pada 3 April lalu, Fauziah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, dipercayai untuk memfailkan perceraian terhadap ND Lala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber : BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI