“Saya Tengok Usaha Dia Pun, Saya Rasa Penat,” – Harith Iskander Kecewa Ada ‘Aduan’ Atas Kerja Amal Ebit Lew

Share

Pelawak Harith Iskander meluahkan kekecewaan apabila ada pihak didakwa ada membuat ‘aduan’ sehingga pendakwah bebas, Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi penjelasan.

Jelasnya, niat Ebit cukup murni untuk menolong golongan susah, malah jelas Harith, dia sendiri tidak mampu melakukan usaha yang sama seperti itu.

Dia turut memohon netizen untuk terus memberi sokongan kepada pendakwah itu untuk terus melakukan kerja-kerja kebajikan.

“Siapa pulak buat “aduan” sehingga saudara Ebit Liew dipanggil melapurkan diri ke Bukit Aman? Ya, memang beliau kesana kesini waktu PKP ini … dengan niat nak tolong orang.

“Dia bukan saja nak pergi jumpa orang tanya khabar. Saya tengok usaha dia pun, saya rasa penat.

“Saya juga faham perasaan beliau bila lihat orang yang tengah susah tak boleh ignore, buat tak tahu. Sebagai manusia kita rasa sedih dan kalau boleh – kita tolong. Penat tak fikir asalkan kita dapat ringankan beban mereka yang susah.

“Maybe I dont know the “background story” but I hope he gets to fulfill his calling. Kita bersama mu Ustaz Go to his page and see how many people he has reached out too,” tulisnya yang turut dilampir posting Ebit yang terkait.

Lalu, posting berkenaan turut mendapat reaksi warga maya yang rata-ratanya memberi pandangan terhadap isu berkenaan.

Foto : Instagram Harith Iskander

Published by
Noraini Abd Wahab