“Saya Terangkan Kenapa Kita Bersederhana Tahun Ini, Dia Terima Sebaiknya,” – Anak Faham Situasi, Irma Hasmie Sayu Sambut Hari Jadi Permata Hati

Share

Perkongsian foto terkini di Instagram pelakon dan hos, Irma Hasmie mencuri perhatian netizen apabila ibu kepada dua cahaya mata itu bercerita mengenai situasi dihadapi anak pertamanya, Redza Syah Irfhan saat menyambut ulang tahun kelahiran yang ketujuh.

Jelas Irma, dia rasa sayu saat menyambut hari jadi anak lelakinya itu. Bagaimanapun, dia pasti anak-anaknya turut memahami atas keadaan yang melanda negara ketika ini.

“Sayu sedikit tahun ini sambut birthday dia. Naylie pun tahan sebak.

“Mereka mungkin masih kecil tapi sy pasti mereka juga faham dengan cara umur mereka situasi yg kita semua sedang hadapi.

“Sebab bila sy terangkan kenapa kita berserdahana tahun ini, dia terima sebaiknya. Terima kasih Allah,” tulisnya.

Irma pada masa sama turut terkesan dengan berita melibatkan anak kecil yang dijangkiti wabak COVID-19.

“Bila mana kita lihat, dengar atau baca kisah2 keluarga terutamanya yg ada anak kecil hadapi masalah covid19, kita juga akan menangis dan jauh dalam sudut hati akan terus berdoa..betul?

“Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Banyak perkara kita belajar sepanjang PKP, ibrah dan hikmah, jadi kita terus sabar ye sahabat2.

“Jangan henti berdoa agar semua pulih dengan izin Allah. Bila tiba masanya itu, ingat semua, kekalkan rasa bersyukur yg kita perolehi waktu sukar ini, walaupun keadaan kembali senang.

“Hadiahkan kami rasa itu ya Allah. Amen,” titip Irma sambil disusuli dengan reaksi pelbagai dari peminat.

Sekadar informasi, Irma atau nama sebenarnya, Irma Hasmie Haji Ibrahim melangsungkan perkahwinan dengan Redza Syah Azmeer Dato’ Dr Hj Mohd Radzuan di Putrajaya, pada jun 201.

Foto: Instagram Irma Hasmie

Published by
MH