Konsert Aina Abdul Imaji Tour yang berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur pada Jumaat sukses dengan kehadiran lebih 1,500 peminat setia penyanyi itu.
Konsert jelajah ini diadakan bersempena pelancaran album sulung Aina yang berjudul Imaji, tahun lalu.
Jelas Aina, pembikinan album dan penganjuran konsert ini sangat penting buat trajektori kerjayanya sebagai anak seni.
“Saya sangat terharu dengan sokongan anda. Ini adalah kali pertama saya mengadakan konsert jelajah bersempena pelancaran album sulung.
“Pada zaman ini, untuk punyai album sendiri sememangnya agak susah. Namun, jika saya ingin dikenali sebagai penyanyi dan penulis lagu yang punyai pakej lengkap, saya perlu ada album sendiri.
“Kerana itulah terciptanya album Imaji. Ia terlahir daripada rasa kecewa, keraguan diri sendiri dan kecaman,” katanya sewaktu memberikan ucapan di atas pentas.
Ads
Pada masa sama, penyanyi lagu Semalam ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak termasuk para peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya.
“Saya hanyalah manusia biasa. Saya akan sentiasa terdengar kata-kata sumbang itu. Disebabkan perkara ini juga, saya jadi sangat bersyukur dengan sokongan daripada peminat.
“Tidak mudah untuk menyokong artis yang mengadakan konsert jelajah. Namun, anda tetap hadir menyokong saya. Ini adalah projek yang sangat susah sepanjang saya bergelar anak seni.
“Saya harap usaha saya ini dapat memberikan inspirasi kepada penyanyi-penyanyi baharu seperti saya untuk turut sama punyai showcase album sendiri,” ujarnya.
Ads
Aina Abdul Bukti Kemampuan Anjur Konsert Sendiri
Katanya lagi, kejayaan mengadakan konsert jelajah ini sekali gus dapat menepis pandangan segelintir pihak yang merasakan dia belum layak untuk mengadakan konsert sendiri.
“Sewaktu mula-mula saya berhasrat nak mengadakan konsert sendiri, pernah sekali saya terdengar suara-suara yang mempersoal kenapa saya nak buat konsert.
“Kata mereka, saya tidak punyai lagu yang banyak. Pada saya, itu adalah pandangan yang sangat cetek. Syukur, saya tidak mendengar kata-kata tersebut.
Ads
“Minat saya adalah untuk membuat persembahan. Itu adalah akar umbi saya. Sebagai penghibur, kita memang kena buat persembahan,” akhirnya.
Menerusi konsert yang berlangsung selama dua jam itu, Aina telah membawakan 18 buah lagu termasuk karya-karya yang dimuatkan di dalam album Imaji seperti Kamu, Puas Sudah, Jangan Mati Rasa Itu, Menua dan banyak lagi.
Pada konsert kali ini, Aina tampil dengan tiga persalinan yang direka khas daripada pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Melinda Looi, Ezuan Ismail dan Wan & Mary.
Pada penghujung konsert, Aina tampil membuat kejutan dengan mempersembahkan lagu Jangan Mati Rasa Itu di ruangan penonton.
Aina Abdul Imaji Tour bakal diteruskan ke lokasi seterusnya iaitu di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM), 11 Januari depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ben Amir meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima kejutan istimewa daripada kelab peminatnya.
Baru sahaja melancarkan saluran YouTube sendiri, bintang drama bersiri Sweet Dreams itu turur menerima hadiah berupa telefon pintar Iphone model 11 Pro Max daripada para peminat setia.
“Nak launch Youtube Channel tapi dapat iPhone pulak. You guys memang awesome ! Thank you so much for the love and support, I really appreciate it!
“No words, speechless dari semalam. Don’t forget to subscribe my YouTube Channel for more updates,” kongsinya menerusi satu posting terkini di Instagram.
Malah, aktor berusia 30 tahun ini juga berjanji untuk mengemas kini saluran YouTube miliknya dengan pelbagai pengisian, termasuk soal perkembangan seninya.
“I will post more about my activities, passions, behind the scenes of upcoming drama/films and many more. Stay tuned !,” tulisnya lagi.
“Mommy doakan anak-anak mommy jadi lelaki yang taat pada agama dan di segani. Dah nikah nanti jangan malukan mommy. Nanti orang kata mommy tak ajaq anak,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon filem, Anak Mami Junior ini juga menyifatkan segala tindak tanduk anak-anaknya itu nanti adalah merupakan hasil didikkannya sendiri.
“Ampa buat tak ketahuan hala kat bini ampa, mommy sakai ampa. Mommy takkan marah anak orang. Apa-apa buruk baik anak-anak mommy semua atas didikan mommy, katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan semoga usaha Rita dalam mendidik anak-anak akan sentiasa dipermudahkan.
Untuk rekod, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008.
Bagaimanapun, mereka berpisah kira-kira lima tahun selepas itu dan hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang masing-masing berusia 12 dan 10 tahun.
Terbaru, Rita kini dilihat sibuk mempromosikan telemovie terbaru yang berjudul Kerana Korona yang kini sedang ditayangkan disaluran Astro First.
Selain Rita, telemovie ini turut dibintangi pelakon hebat lain antaranya Rashidi Ishak, Ummi Nazeera, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Iera Milpan mengakui dia kini lebih berhati-hati dalam menjaga pemakanan selepas menerima teguran mengenai bentuk badannya yang dilihat semakin berisi.
Menyedari impak visual terhadap...