Selepas dikritik hebat netizen kerana enggan menunjukkan solodariti buat mangsa perang di Palestin secara terbuka di media sosial, pempengaruh, Syamimia akhirnya tampil membuat permohonan maaf.
Pada masa sama, permohonan maaf tersebut juga dibuat selepas Syamimia mengakui kesilapannya kerana menyimpan patung David sebagai perhiasan rumahnya.
Menurut Syamimia, isu ini telah telah mematangkan dan mengajarnya untuk menjadi lebih peka terhadap isu yang berlaku di sekelilingnya.
“Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.
“Isu Palestine dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada
isu semasa dan ini merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya.
“Saya bersama Palestine dan patung tersebut telah dilupuskan,” tulisnya.
Ads
Permohonan maaf tersebut dibuat menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
Katanya lagi, isu ini juga secara tidak langsung telah membuka ruang buat dirinya untuk belajar daripada kesilapan.
“Saya bersyukur menerima bimbingan yang anda berikan dan saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini.
“Saya akui saya masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri di masa hadapan.
Ads
“Sekali lagi saya ikhlas mohon maaf membuat anda berkecil hati dengan tindakan saya dan saya tiada niat untuk melukai sesiapa,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Syamimia yang merendah diri dan mengakui kesilapannya.
“Semoga yang baik-baik sahaja untuk awak.
Ads
“Minta maaf juga bagi pihak netizen yang suka mencemuh. Sesungguhnya kita juga tak sempurna.
“Mengakui kesilapan dan memohon maaf adalah satu perbuatan yang mulia. Tahniah adik. Yang mengata dan mencaci tu, dah minta maaf ke?
“Allah sayang, Allah uji. Untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan taat kepadanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, selepas dikecam hebat netizen, Syamimia dikatakan telah kehilangan hampir 500,000 pengikutnya di aplikasi Tik Tok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syamimia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bergelar selebriti atau tidak, ramai orang tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan hal positif dengan melakukan banyak perkara bermanfaat di bulan Ramadan.
Penyanyi Zizi Kirana misalnya kini semakin gemar berkongsi foto dirinya mengenakan hijab menerusi akaun Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 35 tahun ini kelihatan sangat manis dan sopan apabila memakai hijab dan tidak mengenakan pakaian yang mencolok mata.
“Latihan Kesabaran Itu Meluaskan Hati..Jhanjeyy : Kaftan @kebaya_kirana
#KesayanganSia#EHZiziKirana #NakKeTakNak#Ramadhan2020,” tulisnya serta beberapa tanda pagar.
Lantas, perkongsian penyanyi kelahiran Sabah ini mendapat perhatian daripada peminat.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memuji sikap Zizi yang menampilkan figura menutup aurat bagi menghormati bulan yang mulia.
Sekadar informasi, Zizi telah dilahirkan pada 23 Januari 1985 di Semporna, Sabah dan merupakan bintang kelahiran daripada program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketujuh.
Untuk rekod, Zizi sebelum ini juga turut melakukan cabaran 30 hari menutup aurat bulan sama sebelum ini.
Foto: Instagram Zizi Kirana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Polis mengklasifikasikan kematian penyanyi, Nidza Afham, 23, yang ditemukan di Sungai Klang semalam sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa selesai pada 3 petang tadi.
“Bedah siasat dijalankan pada 11 pagi sehingga 3 petang ke atas mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar.
“Punca kematian adalah menunggu laporan siasatan makmal dan tiada kecederaan fizikal,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Menurutnya lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di Sungai Klang, petang Rabu lalu ialah Nidza Afham.
Menurutnya, jenazah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses selanjutnya.
Mangsa dilaporkan hilang selepas keluar berjoging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam sebelumnya.
Dompet dan telefon bimbit Nidza Afham ditemukan di Jambatan Sungai Klang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Untuk rekod, Anas telah meraih pingat perak dalam acara sukan renang 50m S5 (kecatatan anggota kaki) dan mewakili negara di temasya Sukan Para Asia di Busan 1998.
Dia juga berpengalaman beraksi di temasya Paralimpik Beijing 2008.
Foto / Video : Twitter Anas, Sue
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...