Gara-gara membawakan watak antagonis di dalam drama terbaharu, Menanti Senja, pelakon, Kodi Rasheed mendedahkan telah menerima kecaman dan kata-kata hinaan daripada penonton.
Bagaimanapun, Kodi atau nama sebenarnya Mohd Zhazmeer Mohd Rasheed akui tidak berasa hati sebaliknya menganggap wataknya itu telah berjaya menyentuh jiwa penonton.
“Disebabkan drama ini, saya ada menerima emoji kepala khinzir dana kata-kata makian di ruangan mesej Instagram.
“Nak balas semula, rasa tak elok pula. Namun, saya anggap watak ini berjaya memberikan impak kepada penonton.
“Saya harapkan penonton dapat mengambil pengajaran daripada watak ini,” katanya kepada MH.
Kodi yang membawakan watak Zaki itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan Menanti Senja episod 12 yang berlangsung di Restoran The Ko.Pi, Sentul pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, pelakon filem Ophilia ini akui agak sukar untuk menerima watak-watak lain apabila namanya sudang sinonim dengan watak antagonis.
“Saya sudah berada dalam industri ini hampir 10 tahun dan kebanyakkannya watak antagonis. Saya akui memang agak risau.
“Bila sudah kerap sangat bawa watak jahat, nanti produser akan bagi watak itu sahaja. Mungkin watak antagonis saya berjaya sebelum ini. Namun, saya tak nak buat perkara yang sama,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Kodi memaklumkan dirinya kini akan lebih selektif sebelum menerima sebarang tawaran.
Ads
“Ketika ini, kalau saya dapat tawaran watak antagonis secara berderet, saya hanya akan pilih satu sahaja. Agak susah untuk bawakan watak jahat secara back to back.
“Saya sanggup tolak tawaran kerana saya percaya kepada rezeki. Allah sudah susun yang terbaik buat saya. Saya lebih menjaga kualiti berbanding kuantiti.
“Memang itu niat saya dari awal menyertai dunia seni. Nak jaga kualiti itu sangat susah,” kongsinya lagi.
Ads
Katanya lagi, dia juga akan bereksperimen untuk mempelbagaikan watak jahat agar nampak lebih versatil.
“Saya belum tepu lagi sebab banyak watak jahat belum saya teroka. Kebanyakkan watak-watak saya, peranannya lebih kurang sahaja.
“Jadi, saya akan memberikan pandangan kepada pengarah untuk mempelbagaikan watak jahat itu. Saya akan cuba agar watak itu tak nampak sama.
“Saya nak watak yang lebih realistik. Orang jahat ini buat setiap masa jahat. Ada juga sisi baiknya. Jadi, saya mahu sisi yang lebih realistik,” akhirinya.
Terdahulu, drama Menanti Senja kini sedang ditayangkan di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Selain Kodi, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Trisha Ooi, Johan As’ari, Faizal Hussein dan Khatijah Tan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan akan mengadakan konsert jelajahnya yang diberi nama ‘Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour’ dengan kerjasama Shiraz Project Sdn Bhd.
Ini dia antara informasi mengenai konsert istimewa dari penyanyi kesayangan ramai ini buat para peminatnya!
1. Difahamkan setakat ini, penganjur hanya mengumumkan 3 tempat yang terlibat iaitu Kuala Lumpur, Jakarta dan Singapura.
2. DS Siti Nurhaliza menerusi entri di laman Instagramnya, ada memaklumkan jualan tiket bermula 26 Disember ini.
3. Manakala harga tiket boleh didapati serendah harga RM105. Ini dia butiran harga tiketnya; Harga Tiket: RM1295 (Meet & Greet), 495 (diamond), 355 (Platinum), 255 Gold, 155 (Silver), 105 (Bronze).
4. DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR, dengan kerjasama oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan menjadi siri jelajah berterusan selama 2 tahun.
5. Tiket konsert boleh didapati di www.mytickets.asia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.shirazprojects.com.
Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang tak sabar untuk mendapatkan tiket-tiket konsert bersebut.
Kali terakhir Siti terlibat mengadakan konsert skala besar ialah pada April 2016 lalu, bersama Celcom dan Yonder Music iaitu Dato’ Siti Nurhaliza & Friend Concert di Stadium Negara.
Foto/Instagram: Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, sinaran bintang dua penyanyi popular iaitu Haqiem Rusli dan Afieq Shazwan cukup baik meski muncul penyanyi baharu yang silih berganti.
Tiada sebarang kunci kejayaan khusus dalam mencipta sukses, mereka bagaimanapun akui merendah diri dan mengenang jasa antara sikap yang dipraktikan sejak awal terbabit dalam dunia seni.
Malah, mereka juga sentiasa mengenang jasa stesen radio Suria FM yang disifatkan antara platform awal membantu karier nyanyian masing-masing.
Kedua-duanya senada, stesen berkenaan tanpa memandang nama dan status mereka yang masih hingusan di awal kemunculan, mengundang untuk menyanyi di konsert siri Jelajah Suria FM.
“Kalau tanya saya kenapa sentiasa sertai Jelajah Suria kerana saya kenang jasa mereka. Saya ingat lagi, ketika saya tidak dikenali mereka undang saya.
“Bukan sekali tapi banyak kali Suria FM berikan saya peluang untuk mempromosikan diri dan kerjaya seni saya sehingga hari ini,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi itu berkata, dia pasti akan menyertai jelajah berkenaan jika tidak bertembung dengan komitmen lain.
“Macam mana sibuk sekali pun saya akan cuba sertai sebab saya memang suka,” katanya.
Afieq turut bersetuju dan mengakui tidak jemu menyertai jelajah malah sanggup memandu jauh sendiri untuk memastikan dapat beraksi di pentas Jelajah Suria.
Tambah Afieq, stesen radio berkenaan banyak menyokong dan membantu graf kerjaya seninya sehingga ke hari ini.
“Saya memang nantikan untuk sertai jelajah ini kerana peluang berharga untuk bertemu peminat di serata negeri.
“Ini juga antara cara saya membalas jasa dan menyokong Suria FM. Saya juga berharap Suria terus memberikan peluang kepada bakat baharu untuk dikenali dan terlibat dalam siri jelajah mereka,” katanya.
Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid ketika mengulas mengenai perkara itu melahirkan rasa penghargaan dan berterima kasih dengan sokongan yang diberikan.
Dia berkata menjadi sebahagian dari konsert jejalah menyediakan pentas untuk bakat baharu diperkenalkan kepada khalayak.
“Memang setiap kali konsert siri jelajah kami, akan dimulakan dengan penyanyi baharu dan bakat yang masih segar untuk didedahkan kepada peminat.
“Peluang ini sangat relevan kerana mereka juga pelapis industri hiburan tanah air,” katanya.
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...