Kecoh baru-baru ini apabila ramai netizen ‘menasihati’ isteri pelakon, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila memuat naik video dirinya sedang makan makan durian.
Untuk pengetahuan, Nabila kini sedang mengandung anak pertama pasangan tersebut dituduh tidak sayangkan anak yang dikandungnya kerana memakan raja buah tersebut.
Rupa-rupanya ada yang berpendapat makan durian semasa mengandung boleh menyebabkan keguguran.
Berikutan itu, Sharnaaz memuat naik status di laman Twitter miliknya mengenai perkara tersebut.
“Saya terima pendapat masing-masing, saya hormat pendapat mereka, teguran depa tu sebab depa sayang kita kot.
“Apa pun terima kasih, tapi durian ka, screwdriver ka, nak makan berpada-pada bukan sebakul, dua tiga ulas ambik rasa ja,” tulisnya.
Sy terima pendapat masing masing.. sy hormat pendapat mereka.. teguran depa tu sebab depa syg kita kot.. apa pon terima kasih.. tapi durian ka skrew driver ka, nak makan berpada pada bukan sebakol, dua tiga ulas ambik rasa jaaaaa https://t.co/muFbo17qBz
— SHARNAAZ BASIR AHMAD (@SharnaazAhmad) April 16, 2018
Haaa…tu dia abang Jebat dah bersuara. banyak kali dah MH pesan kat makcik/pakcik bawang jangan mudah buat konklusi. Nak bagi nasihat pun faham dulu situasi tu, bukan main redah je.
Lagipun Sharnaaz Ahmad kan memang terkenal dengan kelantangannya bersuara, so…jawablah sendiri ya.
Apa-apapun, MH doakan semoga kandungan Nabila dalam kesihatan yang baik, tak sabar MH nak lihat wajah anak pasangan ini, mesti comel macam ibu bapanya juga.
sumber: IG & Twitter Sharnaaz Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI