Watak Doktor Sani, pengkaji yang bertugas di Jabatan Muzium di Kuching, Sarawak dalam filem bergenre seram fiksyen, Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong memberi cabaran tersendiri buat pelakon berkaliber, Bront Palarae.
Menerusi filem terbitan Produksi Seni 2020 ini, Bront bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Uqasha Senrose, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.
Bront berkata, cabaran dihadapi dari segi aspek logistik kerana banyak babak dan lokasi membabitkan penggambaran dalam hutan.
“Selain aspek logistik, saya juga berdepan cabaran dari aspek fizikal. Ini kerana ia juga membabitkan babak aksi lagak ngeri dalam filem ini.
“Jika nak diikutkan, babak pelakon wanita iaitu Daiyan dan Uqasha lebih mencabar dalam filem ini.
“Namun, mereka sangat profesional ketika bekerja dan berjaya melakonkan babak dengan baik di lokasi penggambaran,” katanya.
Mengenai gandingan dengan Uqasha, kata Bront, dia mudah bekerjasama dengannya kerana dia pelakon berpengalaman.
“Bukan dengan Uqasha sahaja, saya juga tidak ada masalah mendapatkan keserasian dengan pelakon lain kerana ia membabitkan kerjasama secara berkumpulan. Plot penceritaan filem ini juga mengenai ekspedisi sekumpulan pengkaji,” katanya lagi.
Mengulas kerjasama dengan Jason pula, kata Bront, dia memang rindu untuk bekerja dengan pengarah berkenaan.
“Saya pernah bekerja dengan Jason dalam beberapa projek filem, tetapi dalam genre berbeza.
Ads
“Antaranya, filem Belukar, Kau Takdirku dan dua musim siri The Bridge.
“Justeru, saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan bekerjasama dengan Jason dalam filem Sumpahan Jerunei ini,” katanya.
Ditanya kelainan filem Sumpahan Jerunei berbanding genre seram yang pernah dilakonkan, kata Bront, dia tertarik dengan nilai budaya yang diketengahkan dalam filem yang mengangkat mesej mengenai adat dan budaya unik kaum Melanau di Sarawak.
“Saya ditawarkan penerbit, Datin Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo untuk membintangi berlakon dalam filem ini pada Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) pada 2019.
Ads
“Saya menerima tawarannya untuk berlakon dalam filem Sumpahan Jerunei kerana tertarik dengan elemen pengembaraan dan nilai budaya yang diketengahkan dalam naskhah ini,” katanya.
Sementara itu, kata Bront, filem Sumpahan Jerunei juga memiliki kekuatan dan mesej yang mahu disampaikan pada penonton.
“Secara peribadi, saya berasa filem ini berpotensi menjadi bahan hiburan santai dengan cerita yang segar.
“Aspek budaya yang diketengahkan juga sedikit sebanyak menjadi nilai tambah yang menarik buat filem ini,” katanya.
Sumpahan Jerunei mengisahkan, di Melanau purba, kematian bangsawan atau ketua kampung dihormati oleh tiang kubur yang dipanggil Jerunei.
Apabila profesor arkeologi, Dr Sani menyedari bekas isterinya hilang dalam ekspedisi untuk memeriksa Jerunei yang misteri, dia berlepas ke Sarawak untuk mencarinya.
Dr Sani disertai oleh Arjuna (bekas pelajar), Bee dan Hana (pegawai pemeliharaan warisan) dan Tommi (jurukamera dan YouTuber).
Dalam kegelapan malam, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, misteri, sakit luar biasa, mimpi buruk dan ada juga mendapati diri mereka terjaga di tempat yang menakutkan.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang dikorbankan di sebuah Jerunei.
Sumpahan Jerunei akan mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 27 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Melihat kepada perkongsian Datin Diana Danielle perihal anaknya, Mohamad mengulang tulis perkataan maaf, ia ibarat mengimbau kembali zaman persekolahan waktu didenda guru.
Tulis Diana, anaknya itu secara tidak sengaja telah mematahkan cekak bapanya, pelakon Farid Kamil.
Cuba untuk melindungi si anak, wanita jelita ini cuba mempertahankan, namun tidak berjaya kerana dia turut terkedu mendengar amarah si bapa.
“Siapa penah kena denda camni dulu? Mustahil x penah!!! ?ha..Muhammad dah cakap sorrey tu takkan taknak maafkan…. @faridkamilz .
“Angkara terpatahkan cekak babah. Sblm keluar tadi Muhammad lari kat D mengadu dia patahkan cekak babah… dia nampak cuak.. dia sendiri panas kaki kehulur kehilir takut ?so sbb kesian i ckplah “xpe ckp ibu patahkan”… tapi lepas nampak babah keluar bilik mandi, moment dia nampak cekak patah dan mood bertukar jadi singa, dia tanya “siapa patahkan cekak?!” (bilik sedikit bergaunggg) ibu pun cuak skali tak terkeluar alasan backup anak.”
Cukup mengharukan apabila menerima surat ‘cinta’ dengan tulisan ‘Baba Muhammad Sorrey’.
“Balik2 nampak surat sorrey kat lantai pintu ??pandai babah train suruh tulis hahahaha @chemad7,” tulisnya.
Penyanyi senior, Aishah Ariffin mendedahkan dia sememangnya sudah terbiasa menikmati suasana pagi sambil diiringi alunan Al-Quran dan diikuti pula dengan ibadah solat Dhuha.
Menurut Aishah, rutin berkenaan sebenarnya sudah lama diamalkan sewaktu usianya masih muda.
Katanya lagi, sekiranya suasana tersebut diamati sebaiknya, kita akan dapat merasakan nikmat ketenangan hati.
“Berpagi-pagian sangat menenangkan jiwa. Naturally I am owl, bermula daripda masa mula-mula menyanyi dulu kehidupan seperti burung hantu, tidur siang berjaga malam.
“Tetapi sesiapa yang belum cuba berpagi-pagiaan ni cubalah, diiringi dengan zikir dan bacaan ayat suci Al Quran diikuti oleh solat Dhuha. Masyaallah rasakanlah keajaibannya, kerana masa inilah rezeki Allah swt turunkan untuk hambaNYA,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Aishah turut menzahirkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pihak yang mempersoalkan mengenai amal ibadahnya baru-baru ini.
Jelas Aishah, amal ibadah ini bukanlah sesuatu yang harus ditunjuk-tunjuk sebaliknya ia merupakan rahsia diantara kita dan Sang Pencipta.
“Btw, semalam bila I upload video I nyanyikan lagu Fan Club I, ada yang mengingatkan I supaya lebih byk beribadah. I shoot video tu pun untuk membantu mengumpul dana.
“Tapi, terima kasih di atas ingatan uolls semua. Tapi kita takkan nak tunjukkan amal ibadah kita buat kat media sosial kot.
“Sembunyikanlah ibadahmu seperti kamu menyembunyikan keaibanmu. Sekian tazkirah pagi ni. Stay safe everyone,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut menasihati Aishah supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.
“Sangat happy bila Kak Aishah dah kembali ceria.
“Setiap ibadah yang dilakukan, biarlah Allah saja yang tahu.
“Yang penting be happy and spread your positive vibes.
“Yang penting sis happy, chill dan fun. Takdelah stress kan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Aishah telah pun menerima rawatan di Hospital Ampang selepas disahkan positif Covid-19 dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan kecemasan.
Bagaimanapun, selepas 12 hari menerima rawatan, Aishah akhirnya disahkan telah kembali sembuh sepenuhnya.
Sumber: Instagram Aishah Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34, malam tadi.
Mempertaruhkan lagu Drama ciptaan vokalis itu sendiri bersama Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, bintang itu menulis permohonan menerusi satu entri di Instagram awal hari ini.
“What a night lah kan? #DRAMA HAS COME FULL CIRCLE. Hampir genap setahun. See you in the next chapter. #AJL34
“Terima kasih @tv3malaysia atas peluang ini. Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami.
“Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadang kala warnanya tidak kita gemar,” tulisnya.
Terdahulu, semasa melakukan persembahan secara langsung di Axiata Arena, Drama Band dilihat memaparkan beberapa watak yang seakan-akan sinonum dengan figura yang hangat diperkatakan netizen, meski tidak dinyatakan secara jelas.
Foto: Instagram Aepul Roza, TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...