Baru-baru ini, band meningkat naik, Kugiran Masdo diberi penghormatan oleh sebuah stesen radio tempatan untuk menjayakan sebuah persembahan tribute bersempena hari lahir penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, persembahan tersebut telah dikecam hebat oleh netizen yang mendakwa Masdo telah merosakkan lagu nombor satu negara itu.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Masdo, Ali Sariah telah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Twitter miliknya malah, turut mengakui kecewa dengan persembahannya pada malam tersebut.

Ads

“Sejujurnya, saya sendiri secara peribadi merasa kecewa dengan persembahan malam tu. Saya menerima kritikan dengan hati yang terbuka.”

Ads

“Akan cuba diperbaiki untuk lebih baik dimasa hadapan. Saya bertanggungjawab untuk semua kekurangan. Terima kasih,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dan memberikan kata-kata semangat kepada Ali untuk memperbaiki kesilapannya itu pada masa akan datang.

Ads

“Saya Terima Teguran Dengan Hati Terbuka,”- Gara-Gara Dikatakan Jahanamkan Lagu Tokti, Vokalis Masdo Mohon Maaf & Akui Kesilapan “Saya Terima Teguran Dengan Hati Terbuka,”- Gara-Gara Dikatakan Jahanamkan Lagu Tokti, Vokalis Masdo Mohon Maaf & Akui Kesilapan

Pada pendapat MH, untuk mencapai standard sama seperti penyanyi nombor satu negara itu amatlah sukar. Namun, percubaan berani Masdo itu tetap wajar diberikan pujian.

Sumber: Twitter Ali Sariah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI