Pereka fesyen meningkat naik, Nik Aswat terharu apabila pertujukan fesyen pertama pertama yang disertainya bersama empat pereka lain mendapat liputan media di antarabangsa, baru-baru ini.

Mengambil inspirasi daripada filem Bollywood blockbuster, Gangubai Kathiawadi lakonan Alia Bhatt, Nik Aswat mengakui dia mengambil sisi positif yang ada di dalam figura terbabit untuk diterjemahkan di dalam rekaannya.

“Sejujurnya saya terkejut. Saya hilang kata-kata. Saya tak sangka fashion show pertama mendapat liputan media luar negara, terutamanya di India.

“Mungkin kerana inspirasi yang saya cuba paparkan menyebabkan ia menjadi bulan.

“Saya sangat terharu dan bangga kerana dapat mengangkat jenama Nik Aswat di peringkat antarabangsa. Saya gembira penggemar di Malaysia mula mempercayai jenama saya dan ia mula diperkatakan di luar negara,” katanya.

Mengambil masa dua bulan sebagai persiapan, Nik Aswat begitu teliti dalam menghasilkan koleksi untuk digayakan dalam pertunjukan fesyen sulung.

Ads

“Saya Terkejut, Hilang Kata-Kata,” – Fashion Show Dapat Liputan Media Antarabangsa, Filem ‘Gangubai’ Alia Bhatt Jadi Inspirasi Nik Aswat

“Saya Terkejut, Hilang Kata-Kata,” – Fashion Show Dapat Liputan Media Antarabangsa, Filem ‘Gangubai’ Alia Bhatt Jadi Inspirasi Nik Aswat “Saya Terkejut, Hilang Kata-Kata,” – Fashion Show Dapat Liputan Media Antarabangsa, Filem ‘Gangubai’ Alia Bhatt Jadi Inspirasi Nik Aswat

“Bermula dengan rekaan, perincian, persiapan dan sebagainya, saya memang memberikan usaha 100 peratus. Saya memang teliti. Saya juga buat kajian mengenai filem Bollywood terbabit.

Ads

“Impak liputan media antarabangsa, saya mendapat jemputan dari negara Nepal, India, Laos dan Indonesia untuk berkolaborasi. Semuanya masih dalam perbincangan tetapi ia mendapat respons positif.

“Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan dan mahu lebih menempa nama dalam bidang fesyen di dalam dan luar negara, Insya-Allah,” katanya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Nik Aswat yang memulakan kerjaya fesyen secara serius lebih dua tahun lalu berbesar hati apabila kini ramai yang mulai percaya dengan busana yang dihasilkan.

“Setakat ini saya bersyukur kerana rekaan turut mendapat kepercayaan dari kalangan pengasas produk yang terkenal, misalnya CheTa Pot Pet dan Mua Bella.

“Selain itu saya banyak ambil tempahan untuk busana perkahwinan, acara makan malam, persembahan dan sebagainya. ‘Market’ saya lebih cenderung di Utara Semenanjung,” katanya yang optimis untuk mengembangkan bakat rekaannya seluruh negara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI