Pendakwah selebriti, Haris Ismail akui terkilan apabila ditegur dengan nada yang agak keras oleh seorang indiviu hanya kerana dia baring di dalam surau sementara menunggu waktu solat.
Menurut Haris atau lebih mesra disapa PU Riz, pihak kariah masjid atau surau tidak sepatutnya berbuat sedemikian kerana berehat sambil menunggu waktu solat sememangnya perkara yang dituntut di dalam agama.
“Sahajalah berkongsi, sebagai seorang yang bukan selalu berkesempatan jemaah waktu Maghrib dek kerana sedikit jam dan sebagainya, haritu sahaja la tunggukan waktu solat.
“Sekali saya terjekut bila kena jerit baring dalam surau. Sedih juga la. Sahaja kongsi. Ada manfaat sebenarnya bila tunggu waktu solat ada hadith,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Ads
Dalam pada itu, PU Riz turut menasihatkan ahli kariah agar tidak terlalu tegas dengan jemaah yang ingin berehat di kawasan masjid dan surau.
“Pakcik-pakcik yang bertangungjawab selia masjid, jangan jerit saat org itikaf di masjid. Bukan tidur semalaman pun. Hanya berehat sekejap untuk tunggu Magrib.
“Dia mari dengan suara yang amat deras
dan kuat ‘Tak boleh tidur dalam masjid. Orang marah’. Siapa entah nak marah Pakcik oi. Nanti kalau kata balik dia rasa kita biadap.
Ads
“Buat apalah kita buat masjid tapi tak bagi orang duduk sekejap,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memaklumkan mereka pernah melalui situasi sama selain turut berharap agar sikap seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.
“Setuju, mentaliti kena ubah. Masjid rumah Allah. Biarlah orang berehat dan beriktikaf dengan tenang. Contohilah masjid luar negara. Sangat menyantuni anak-anak.
Ads
“Setuju sangat. Janganlah marah. Masjid sangat tenang untuk solat dan istirehat sekejap. Menunggu waktu sambil nap sekejap apa salahnya.
“Tanya balik, masjid tu siapa punya.
“Kalau budak budak bising dijeritnya. Apalah. Siapa kita mencerminkan sikap kita,” antara komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Nana Mahazan mengakui dia rasa sedih dan terkilan apabila ada pihak yang mempersoalkan mengenai penampilan anak sulungnya, Althea, 8 tahun yang dikatakan selekeh.
Katanya kepada MH, anak yang sedang membesar pasti mengambil masa dalam proses mengenal diri, pakai apa yang dirasakan sesuai.
“Tak kisah nak kata dia selekeh, sebab rasanya kita pada usianya pun macam tu juga. Saya faham, masing-masing akan ada pendapatnya sendiri. Mungkin anak-anak mereka kalau nak keluar kena pakai itu ini. Ia terpulang.
“Macam anak saya, dia ada caranya sendiri. Macam dulu dia pun gemar kenakan baju yang bercorak pelangi dan sebagainya. Tapi sekarang, dia lebih gemar kenakan baju longgar, sewater dan sebagainya.
“Anak yang sedang membesar ni dia ambil masa untuk kenali diri dia, fesyen dan sebagainya,” jelas Nana.
Mengulas lanjut mengenai komen-komen melampau perihal fizikal anaknya lagi, dia sedih memandangkan ia menyentuh soal anak.
“Saya okay saja tetapi saya sedih sebab ada yang tak sensitif mengenainya. Komen pun melampau, jahat. Kenapa ya masih ada yang macam tak ada rasa hormat. Saya tak akan pergi ke akaun orang yang tak dikenali dan cakap ‘ anak kau hodoh’.
“Ini bukan kali pertama pun. Malah dia pernah digelar macam tupai. Saya marah juga tetapi suami kata jangan buang masa untuk fikir perkara sedemikian. Katanya kalau tidak suka, block atau jangan komen apa-apa,” katanya lagi.
Foto: Instagram Nana Mahazan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini pelakon Izzue Islam di akaun Instagram miliknya, dia telah berkongsi sekeping gambar bersama isterinya, Awin Nurin.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan telah meluahkan rasa perasaan menerusi entri tersebut.
Izzue akui, dia dan isteri sering menerima kritikan negatif daripada netizen.
“Takpelah b, biarkan orang nak cakap2 kat belakang kita tu. kita teruskan je langkah kita dgn bismillah. Semoga Allah lindungi kita ya, Aminn@awinnurin,” tulisnya.
Setelah melalui perlbagai cubaan di dalam kehidupannya, Britney Spears kini nampaknya semakin bahagia dengan perjalanan baharunya. Jika sebelum ini dia berjuang habis-habisan dalam isu conservatorship yang mengawal hidupnya, kini dia boleh menarik nafas lega apabila semuanya berjalan lancar seperti apa yang dimahukan.
Khabar terbaru, diva pop yang berusia 40 tahun ini sudahpun bertunang dengan kekasihnya, Sam Asghari, 27. Dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya, selebriti popular itu menunjukan yang dia menyarung sebentuk cincin berlian di samping tunangnya itu.
Dia menulis ringkas, “Saya tidak mempercayainya.” Sam kemudiannya di dalam video tersebut bertanya, “Lihat itu, adakah awak suka?” dan dibalas dengan jawapan ya dari Britney.
Pasangan ini mula-mula bertemu pada tahun 2016 apabila Sam membintangi salah satu muzik video diva pop ini yang bertajuk Slumber Party. Sejak itu mereka mula saling bertukar nombor telefon, menjalin hubungan dan berkekalan sehingga kini.
Menurut laporan The Hollywood Reporter, berita ini telah disahkan sendiri oleh pengurus bakat Sam Ashgari, Bandon Cohen. “Pasangan ini akhirnya telah menjadikan hubungan mereka yang sekian lama rasmi dan sangat tersentuh dengan sokongan, dedikasi serta rasa sayang yang ditujukan kepada mereka,” ujarnya.
Menurutnya lagi, cincin pertungan itu ditempah sendiri oleh Sam dan direka oleh pereka perhiasan kemas terkenal di New York, Roman Malayev.
Sedikit informasi mengenai tunang Britney Spears ini. Sam Asghari dilahirkan di Tehran, Iran dan kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 12 tahun bersama ayahnya. Selain pernah bekerja sebagai sebagai seorang model, dia kini merupakan jurulatih kecergasan yang menawarkan khidmat program kecergasan peribadi dan juga pelan makanan yang disesuaikan untuk mencapai berat badan ideal klien.