Pendakwah selebriti, Haris Ismail akui terkilan apabila ditegur dengan nada yang agak keras oleh seorang indiviu hanya kerana dia baring di dalam surau sementara menunggu waktu solat.
Menurut Haris atau lebih mesra disapa PU Riz, pihak kariah masjid atau surau tidak sepatutnya berbuat sedemikian kerana berehat sambil menunggu waktu solat sememangnya perkara yang dituntut di dalam agama.
“Sahajalah berkongsi, sebagai seorang yang bukan selalu berkesempatan jemaah waktu Maghrib dek kerana sedikit jam dan sebagainya, haritu sahaja la tunggukan waktu solat.
“Sekali saya terjekut bila kena jerit baring dalam surau. Sedih juga la. Sahaja kongsi. Ada manfaat sebenarnya bila tunggu waktu solat ada hadith,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, PU Riz turut menasihatkan ahli kariah agar tidak terlalu tegas dengan jemaah yang ingin berehat di kawasan masjid dan surau.
“Pakcik-pakcik yang bertangungjawab selia masjid, jangan jerit saat org itikaf di masjid. Bukan tidur semalaman pun. Hanya berehat sekejap untuk tunggu Magrib.
“Dia mari dengan suara yang amat deras
dan kuat ‘Tak boleh tidur dalam masjid. Orang marah’. Siapa entah nak marah Pakcik oi. Nanti kalau kata balik dia rasa kita biadap.
“Buat apalah kita buat masjid tapi tak bagi orang duduk sekejap,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memaklumkan mereka pernah melalui situasi sama selain turut berharap agar sikap seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.
“Setuju, mentaliti kena ubah. Masjid rumah Allah. Biarlah orang berehat dan beriktikaf dengan tenang. Contohilah masjid luar negara. Sangat menyantuni anak-anak.
“Setuju sangat. Janganlah marah. Masjid sangat tenang untuk solat dan istirehat sekejap. Menunggu waktu sambil nap sekejap apa salahnya.
“Tanya balik, masjid tu siapa punya.
“Kalau budak budak bising dijeritnya. Apalah. Siapa kita mencerminkan sikap kita,” antara komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.