Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman tidak menyangka apabila dihadiahkan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dianggarkan mencecah RM300,000 oleh syarikatnya, Mika Series.
Kejutan tersebut diterima Zoey sempena ulang tahun kelahiran ke-36, hari ini.
Jelas Zoey, ia sesuatu yang tidak dijangka selain menyifatkan hadiah tersebut adalah rezeki buat dirinya.
Ads
“Saya terkejut dan tak terkata. Tidak menjangka sama sekali mereka iaitu kakitangan syarikat membuat kejutan ini.
“Pada awalnya mengikut perancangan hanya acara percutian syarikat bersama kakitangan dan sahabat terdekat.
Ads
“Apa pun, saya anggap ini adalah rezeki dan pembakar semangat untuk saya lebih bekerja keras dalam bidang perniagaan,” katanya.
Ads
Menurut Zoey, hadiah itu juga dianggap permulaan baik untuk diri, kerjaya dan perniagaan dijalankan untuk tahun baharu ini.
“Insya Allah, ini adalah permulaan baik pada tahun ini selepas apa yang berlaku sepanjang tahun lalu akibat penularan wabak Covid-19,” katanya.
Sementara itu, penyanyi, Ramlah Ram turut menghadiahkan Zoey jam tangan jenama Cerruti.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon dan pengacara Norman Hakim ada berkongsi sekeping foto ketika sedang tidur sambil berdiri.
Kongsi Norman, situasi tersebut berlaku selepas 9 hari berturut-turut menjalani satu pengambaran drama bersiri, Fam I Love You untuk tayangan di Astro Ceria.
“Selepas 9 hari berturut2 keluar lepas Subuh & balik sebelum Subuh untuk shooting #familoveyou #astroceria.
“Akhirnya saya dapat develop satu skil baru yg saya sendiri tak sangka saya ada skil tu iaitu tidur sekejap sambil berdiri di sebalik tiang.
“Gambar curi ni diambil oleh @zazasofiazainal the production manager,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi nasihat kepada Norman untuk sentiasa tabah dalam menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.
Sekadar informasi, Norman merupakan juara Hero Remaja 1993/1994 dan telah memulakan karier lakonan sekitar tahun 1996.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Diberikan peranan besar untuk membawakan watak tokoh pejuang Melayu, Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau, pelakon Datuk Adi Putra akui pada awalnya dia menolak tawaran tersebut sebanyak dua kali selepas ditawarkan.
Menurut Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 41, dia akhirnya bersetuju selepas sekali lagi mendapat tawaran seterusnya akur menerima pelawaan Syamsul Yusof yang bersungguh-sungguh mahukan dia untuk membawakan watak berkenaan.
“Sejujurnya sudah dua kali saya tolak untuk berlakon filem ini tetapi saya terima kerana memikirkan ini adalah satu cabaran untuk saya.
“Bagi saya, ia satu tanggungjawab yang besar kerana membawa nama Almarhum Mat Kilau.
“Terima kasih juga untuk Syamsul sampai tiga kali baharulah saya bersetuju untuk mengambil watak Mat Kilau.
“Saya tak tahu kenapa Syamsul mahukan saya tapi dia pernah cakap pada saya yang ‘kamu sesuai’ (untuk watak Mat Kilau),” katanya kepada MH.
Adi ditemui pada majlis tayangan perdana filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di GSC The Starling Mall, Damansara baru-baru ini.
Bercerita mengenai naskhah terbitan Studio Kembara itu lagi, Adi berharap karya hebat ini dapat memberi pengajaran kepada generasi muda tentang erti perjuangan seorang tokoh besar negara.
“Menerusi filem ini orang ramai lebih tahu siapa Mat Kilau dan dapat timba ilmu tentang erti perjuangan serta persahabatan… ia bukan sekadar filem untuk hiburan.
“Saya boleh katakan kita harus berbangga kerana belum ada lagi filem sebegini selepas Leftenan Adnan,” katanya lagi.
Selain Adi, filem yang menelan belanja kira-kira RM8 juta ini turut dibintangi Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan Asa’ri, Ellie Suriaty, Farah Ahmad, Zarina Zainoordin dan pelakon aksi Indonesia, Yayan Ruhian.
Naskhah epik turut menampilkan ramai pelakon veteran berbakat seperti Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, A. Galak, Shaharuddin Thamby dan Mubarak Majid.
Ia mengangkat kisah perjuangan tokoh Pahang, Mat Kilau yang menentang penjajah British di Tanah Melayu berlatarkan tahun 1892.
Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang kini menjadi fenomena ketika ini telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hantaran video yang dimuat naik selebriti popular, Noor Neelofa menjadi sorotan para pengguna media sosial, baru-baru ini.
Menerusi paparan tersebut, ia merakamkan bekas hos program MeleTOP itu sedang menunjukkan cara serta memberi perkongsian mengenai botol susu yang digunakan oleh anaknya, Muhammad Bilal.
Selain ruang bilik Bilal yang menjadi perhatian, Neelofa turut diusik netizen mengenai penampilan fizikalnya.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran terbabit, ada di antara mereka yang bertanya adakah Bilal bakal dapat adik selepas ini.
Sebelum ini sekitar Disember lalu, Neelofa juga terpalit dengan spekulasi serupa gara-gara muncul berkerusi roda ketika tiba di lapangan terbang di Brunei bagi menghadiri sebuah acara.
Imbas kembali, Neelofa menamatkan zaman bujangnya dengan Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan menimang cahaya mata sulung pada 29 Januari tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.