Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Uyaina Arsyad memaklumkan dirinya telah selamat menjalani pembedahan selepas diserang Apendiks pada Isnin.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian terkini di ruangan Instagram stories sebentar tadi, Uyaina memberitahu, dia kini masih lagi dirawat di hospital selepas doktor mengenalpasti terdapat keradangan di bahagian rahimnya.
Katanya lagi, dia kini terpaksa menggunakan ‘painkiller’ bagi mengurangkan rasa sakit yang dialaminya ketika ini.
“Assalamualaikum semua. Appendix saya telah pun berjaya dikeluarkan. Tetapi malangnya terdapat keradangan disekitar dinding rahim.
“Saya masih lagi dirawat di hospital dan bergantung kepada ubat tahan sakit,” tulisnya.
Bagaimanapun, isteri kepada penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran ini telah dinasihatkan untuk tidak terlalu bergantung harap kepada ‘painkiller’ kerana kesan sampingannya akan membahayakan bayi di dalam kandungannya.
Lantaran, Uyaina diminta untuk bertahan dan melawan rasa sakit yang dirasainya itu.
“Tapi doktor pun tak boleh nak bagi ubat tahan sakit setiap waktu sebab bahaya untuk baby.
“Buat masa sekarang, saya terpaksa menahan dan berjuang melawan rasa sakit. Mohon doakan untuk saya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pengacara, program Wanita Hari Ini memohon agar semua pihak dapat mendoakan semoga dirinya dan kandungan akan sentiasa berasa dalam keadaan baik.
Sebelum ini, Uyaina memaklumkan perut berasa amat sakit sehingga menyukarkannya untuk bergerak.
Terdahulu, Uyaina baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan cahaya mata sulungnya pada awal bulan lalu.
Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran telah mendirikan rumahtangga mereka pada tanggal 21 Disember 2021 dalam majlis yang berlangsung di Colony Star Boulevard, KLCC.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ihsan Foto: Instagram Uyaina Arshad