Kata orang, tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah pelakon baru, Mei Fen hadir selepas kejayaanya membintangi filem, Prebet Sapu.
Menurut Mei Fen, dia akui teruja apabila namanya kini semakin menjadi pilihan para pengarah untuk mebintangi drama-drama tempatan
Katanya lagi, dia kini sudah mampu memberikan sepenuh tumpuan terhadap dunia lakonan selepas berjaya menamatkan pengajiannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan kebangsaan (ASWARA).
“Saya berasa amat bersyukur dengan tawaran-tawaran yang diberikan. Semasa saya melanjutkan pelajaran di ASWARA dulu, saya ada juga mendapat tawaran untuk berlakon tetapi saya terpaksa tolak kerana ingin memberikan fokus di dalam pelajaran.
“Saya tak boleh nak beri komitmen kepada keduanya. Saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi dan ASWARA. Sekarang, saya pun dah habis belajar dan selepas kejayaan Prebet Sapu, makin ramai yang mula mengenali nama saya.
“Saya baru sahaja selesai menjalani pengambaran dua buah drama iaitu Ratu Tenpin 2 dan Rindu Darul Iman arahan Zeel Production. Selepas raya pula, saya ada ditawarkan untuk berlakon sebuah lagi drama,” katanya kepada MH.
Heroin filem Prebet Sapu itu ditemui ketika di majlis amal WTCKL Menyantuni Anak-Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Cahaya Kasih yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Meskipun sebelum ini, pelakon berusia 35 tahun ini pernah menyuarakan keluhan kerana namanya sering kali ditolak, namun, dia mendedahkan fasa tersebut telah banyak mengajarnya untuk sentiasa percaya kepada rezeki.
“Saya anggap fasa tersebut sebagai ‘drama pendemik’. Sebagai anak seni, tidak dinafikan saya selalu tertanya-tanya bilakah tawaran yang seterusnya? Adakah saya patut berhenti berlakon? Umur pun dah semakin meningkat. Itu adalah anatara kepayahan yang harus saya fikirkan.
“Tapi saya faham, ketika pendemik, semua pihak pun susah. Saya sedikit emosi pada ketika itu. Bila keadaan dah kembali pulih ini, saya pula terpaksa menolak hampir empat ke lima telemovie kerana jadual yang bertindih dengan drama-drama lain.
“Bermula dari situ, saya mula percaya yang rezeki itu akan sentiasa ada. Kita hanya perlu bersabar,” ujarnya lagi.
Terdahulu, pada majlis tersebut, Mei Fen turut berkesempatan untuk berbuka puasa dan beramah mesra bersama anak-anak yatim.
Selain Mei Fen, antara barisan selebriti yang turut sama hadir ke majlis tersebut termasuklah Asmidar, Kumpulan Inteam, Sixth Sense, Nasz Sally dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Dean.momentart