“Saya Terpilih Malam Ini Tak Membuatkan Saya Lebih Bagus Dari Mereka,”- Datin Diana Danielle

Share

Setelah terlibat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun, pelakon Datin Danielle meluahkan rasa syukur apabila diiktiraf sebagai penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2019.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Besson berkata, dirinya berasa sangat bertuah kerana memiliki peminat yang sentiasa menyokong karier seninya.

“Alhamdulillah kepada semua peminat anugerah ini untuk anda kerana anda menyokong saya selama 20 tahun saya berada dalam industri jadi saya berasa sangat bertuah untuk berada disini.

“Saya sangat gembira apabila dapat anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik menerusi filem Gol & Gincu Volume 2. Sebenarnya filem ni saya berlakon untuk seronok-seronok sahaja, tak ada pun saya terfikir untuk menang anugerah ke apa.

Di samping itu, aktres berusia 27 tahun ini memberi pendapat bahawa setiap pelakon itu mempunya kelebihan yang tersendiri.

“Saya rasa pelakon lain bagus dengan cara yang mereka sendiri dan hanya kerana saya terpilih tak membuatkan saya lebih bagus dari mereka.

“Mungkin saya rasa watak dan karya itu mempunyai kelebihan tersendiri. Tapi macam mana pun, mereka yang lain juga sangat berbakat dan memberi sumbangan kepada industri kita,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Diana pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin dua tahun lalu menerusi filem Hanyut.

Anugerah Skrin 2019 telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.

Published by
Nazar Rafiqhi