Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir memohon maaf kepada semua pihak yang kurang senang dengan caranya mengumumkan tentang kehamilan isterinya yang juga merupakan selebriti terkenal, Ayda Jebat baru-baru ini.
Menurut Nabil, dia sebenarnya tidak tahu mengenai perkara tersebut kerana tidak terlalu aktif di media sosial.
“Saya sebenarnya agak terkejut juga. Selepas membuat pengumuman tersebut, saya tak periksa pun media sosial. Jadi, saya tak tahu ada sesetengah pihak yang tak senang dengan apa yang saya umumkan.
“Saya hanya berkongsi momen gembira di dalam hidup kami. Saya memohon maaf bagi pihak keluarga kerana menyinggung perasaan segelintir pihak,” katanya kepada MH.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui media pada majlis perkenalan produk terbaharu, Aura White Beauty yang berlangsung di ibukota pada Isnin.
Dalam pada itu, Nabil menjelaskan dia sebenarnya tersilap dalam penggunaan ayat sehingga menyebabkan kemarahan segelintir pihak.
Ads
“Sebenarnya saya tersalah cakap. Saya nak cakap ‘bersungguh-sungguh’ tapi bila berhadapan dengan ramai orang, jadi ‘berpeluh-peluh’ pula. Saya pun tak tahu kenapa perkataan itu yang terlintas di kepala.
“Sejak daripada zaman mengacarakan Hlive lagi, orang memang tahu yang saya ini memang ‘kaki tersasul’. Sampai hari rupanya tabiat tersasul ini masih ada,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ayda tidak menafikan segelintir netizen masa kini agak sensitif meskipun seseorang melakukan salah yang kecil.
“Saya pun tak tahu kenapa. Dahulu okay lagi. Kalau kita salah cakap dan mereka tegur, kami masih boleh terima.
“Sekarang ini pula, walaupun kita salah cakap atau buat silap sikit sahaja, perkara tersebut akan menjadi seolah-olah kita buat kesalahan besar.
Ads
“Jadi, bila individu atau artis yang tak selalu berhadapan dengan pihak media disebabkan gugup, mereka mungkin boleh tertekan. Mereka jadi takut untuk jawab soalan media kerana risau salah cakap,” katanya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Nakal ini menyifatkan dirinya sudah lali dengan situasi seperti ini selain turut berharap agar selebriti lain turut mengikut jejak langkahnya.
“Saya dah biasa berhadapan dengan situasi seperti ini. Nabil memang tidak akan risau fasal saya. Saya tahu macam mana nak mengawal emosi.
Ads
“Setakat perkara kecil ini, ia tidak memberi masalah kepada saya. Jadi, nasihat saya untuk selebriti yang berada dalam situasi selalu dicemuh atau dibidas netizen, bertabahlah.
“Fokus sahaja dengan kerja anda. Segala pasti akan okay. Orang tetap akan bercakap apa sahaja sama ada kita buat perkara baik atau buruk,” akhirinya.
Baru-baru ini, Nabil dikecam hebat netizen gara-gara menggunakan perkataan ‘berpeluh-peluh’ ketika membuat pengumuman secara langsung mengenai kehamilan kedua isterinya itu.
Rata-rata netizen menyifatkan Nabil tidak menghormati maruah Ayda sebagai seorang wanita.
Sekadar informasi, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Alhamdulillah ini 2 ketul budak tak nagis bila nak g sek.. happy diaorg happy ..
@fizzfairuzofficial,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut berkongsi cerita dan pengalaman di ruangan komen entri berkenaan.
Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014.
Pasanganini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Foto: Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Almy Nadia menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Nur Afrina Arianna yang kini genap 7 tahun.
Isteri kepada pelakon terkenal Datuk Fizz Fairuz itu berkongsi titipan kata menerusi satu entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“Assalammualaikim good morning semua. Dear my twin nur afrina arianna Selamat hari jadi wahai anak mama, kejap ja rasanya dah 7 tahun,” tulisnya.
Serentak dengan itu, ibu kepada empat orang cahaya mata ini mendoakan agar puteri sulungnya itu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.
Tambahnya lagi, dia berharap Arianna atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu menjadi seorang anak yang solehah dan kakak yang baik kepada adik-adiknya.
“kakak nnt besar baca tau, mama sayang kakak sangat2 tau, mama sentiasa doakan kakak panjang umur,sentiasa dimurahkan rezeki.
“Menjadi anak yang solehah buat mama n papa dan menjadi kakak yang baik, menjadi contoh yang sempurna buat adik2 dan semua. Happy birthday nana mama very love u @fizzfairuzofficial,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata yang lain bernama Nurr Afrina Aurora, 6, Nur Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah yang baru sahaja dilahirkan pada Disember lalu.
Di samping, mereka juga turut memiliki seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Datin Almy Nadia meluahkan rasa terharu dan syukur atas sikap suami, Datuk Fizz Fairuz yang setia di sisinya sepanjang proses bersalin cahaya mata keempat mereka.
Kongsi Almy di Instagram, dia menyifatkan Fizz sebagai suami yang baik kerana banyak membantu dirinya sepanjang fasa kehamilan.
Malah jelasnya lagi, komitmen itu sudah dilakukan sejak melahirkan cahaya mata yang pertama.
“Sayang @fizzfairuzofficial terima kasih sayang sebab berada dengan mama sepanjang kelahiran anak kita dari anak pertama sampai keempat.
“Sayang sentiasa ada dengan mama dalam bilik bersalin, dari check in sampailah beranak settle, sayang tetap ada di sisi mama.
“Terima kasih sayang sebab teman mama dalam bilik bersalin, sambil urut kaki sampai tutup muka ngan mask sebab dah ngantok, Thank you love,” tulisnya.
Sekadar informasi, Almy mendirikan rumah tangga bersama Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin pada 26 April 2014.
Pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!