Umum mengetahui Afgan merupakan insan yang rapat dengan Rossa. Hubungan persahabatan mereka yang telah sekian lama terjalin rapat mewujudkan chemistry yang baik antara mereka.
Terbaharu dalam satu hantaran di laman Instagram, Afgan memuat naik fotonya bersama dengan Rossa sempena hari jadi penyanyi tersebut yang ke-44 tahun hari ini.
Tulis Afgan di ruangan kapsyen, “Happy Birthday Bubu, banyak yang telah kita lalui bersama selama 12 tahun ini. Melalui momen jatuh dan bangun, kamu telah menjadi penyambut hayat saya.
“Saya harap kamu terus menjadi rahmat kepada semua orang di sekelilingmu. Dan saya harap kamu menjalani kehidupan yang diinginkan dan banggakan. Saya harap kamu tahu bahawa kamu disayangi oleh ramai orang. Saya sangat bangga dengan kamu!! Selamat Hari lahir.”
Ucapan tersebut menuai perhatian ramai pihak, sehingga kini hantaran itu menerima lebih 121 ribu tanda suka.
Menjadikan hantaran tersebut lebih manis, Rossa turut membalas ucapan yang diberikan Afgan.
“Afgan yang dihormati, terima kasih atas kata-kata indah itu, saya bertuah kerana mempunyai kamu dalam hidup saya. Terima kasih kerana mengingatkan saya, bahawa saya diberkati,” tulis penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-Ayat Cinta ini.
Meninjau ke ruang Instastory Afgan, dia bersama teman-teman yang lain berada di rumah Rossa bagi memberikan kejutan kepada penyanyi itu. Rossa yang kelihatan terkejut ternyata ceria dengan sambutan tersebut.
Afgan pada hantaran InstaStory tersebut menulis, “Happy Birthday Bubu, Sayang kamu tak kira apa pun.”
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama pelakon Fikry Ibrahim menjadi bualan hangat susulan dakwaan dia dikatakan tersalah mengumumkan nama pemenang program pencarian Dewi Remaja 2022 yang berlangsung pada malam Sabtu.
Rata-rata netizen menyalahkan Fikry, 28, yang merupakan hos bagi edisi kali ini.
Insiden berlaku ketika Fikry sedang mengumumkan pemenang tempat ketiga yang sepatutnya menjadi milik Kimberly Chuah.
Namun, penonton di rumah mendakwa kedengaran seperti Fikry menyebut nama Bee yang juga merupakan Top 4 Dewi Remaja 2022.
Ketika membuat pengumuman itu, Fikry menyebut nama timangan Kimberly iaitu Kim yang kedengaran seperti Bee.
Pengumuman itu juga menyebabkan Bee melangkah ke hadapan kerana menyangkakan namanya yang disebut pada ketika itu.
Usai pertandingan itu berakhir, Fikry yang ditemui MH berkata dia tidak membuat apa-apa kesalahan sebaliknya sudah memberikan yang terbaik sepanjang mengacarakan majlis tersebut.
“Saya tak salah sebut, saya rasa tak buat salah apa-apa.
“Mungkin saya silap sebab tak sebut nama penuh itu sahaja. Mungkin penonton yang dengar secara live dan di rumah berbeza.
“Nak menyalahkan itu senang. Di dalam kertas yang saya pegang memang tulis Kim. Yalah mungkin sebagai hos, saya kena sebut nama penuhnya.
“Saya anggap ini ada ruang untuk diperbaiki,mudah mudahan akan jadi lebih baik selepas ini,” katanya kepada MH.
Selain isu tersebut, Fikry juga dikecam kerana tidak memberikan ruang buat juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol untuk memberikan ucapan kemenangannya dalam program siaran langsung itu.
Menurut Fikry, dia hanya mengikut arahan daripada pihak produksi sahaja.
“Untuk kritikan yang kata saya tidak memberi juara Dewi Remaja berucap, itu di luar kuasa saya.
“Memang sepatutnya ada slot tapi sebab kekurangan masa, saya hanya ikut arahan.
“Saya akui kekurangan itu pasti dan saya dah cuba sebaik mungkin.
“Komen-komen yang diberikan saya abaikan sebab mereka tak bayar gaji saya,” kata Fikry lagi.
Peserta dari Tambunan, Sabah, Tracie Sinidol, 21, dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2022.
Manakala tempat kedua menjadi milik Bee Aishah diikuti Kimberly dan Alyssa masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.
Dewi Remaja 2022 dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu.
Ia turut ditayangkan menerusi saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah, selamat menerima menantu apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, 24, selamat disatukan dengan jejaka pilihan, Mohd Zulhisyamuddin dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat.
Allisya merupakan anak hasil perkongsian hidup Shiera, 48, menerusi perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zulkifli Azhari atau Ijoy.
Majlis ijabkabul yang berlangsung meriah di ibu kota dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat itu menyaksikan Allisya dinikahkan sendiri oleh bapanya, dengan hanya sekali lafaz.
Turut memeriahkan majlis tersebut ialah rakan artis seperti Azah Aziz yang terbang dari Kanada dan Marsha Milan.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah buat Shiera di atas menerima kehadiran ahli keluarga baharu.
“Alhamdulillah selesai dah satu tanggungjawab. Tahniah membesarkan anak dengan jayanya. Aku dok rasa macam tak lama (anak) juga akan naik pelamin. InsyaAllah. Doakan yang baik-baik. Kau nangis tak kak?” tulis penyanyi Nourul Depp.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...