Menerusi kenyataan yang dikeluarkan  pihak pengurusan, bekas anggota Kara, Go Hara dilaporkan stabil dan memohon maaf atas cubaan membunuh diri yang dilakukan.

Ulasnya, dia tertekan dengan pelbagai kejadian yang menimpa, namun berjanji akan menjaga kesihatan dengan lebih baik selepas ini.

“Saya minta maaf di atas masalah yang timbul akibat perbuatan saya. Saya sedang dalam proses pemulihan. Saya tertekan atas pelbagai perkara yang berlaku.

IKLAN

“Saya akan cuba tonjolkan sisi terbaik diri. Saya minta maaf atas apa yang berlaku,” katanya dipetik Soompi.

Terdahulu, Go Hara ditemui tidak sedarkan diri selepas membuat percubaan membunuh diri pada 26 Mei lalu.

IKLAN

Difahamkan, dia telah memuat naik ayat ‘selamat tinggal’ di Instagram sebelum ditemui di rumahnya yang bertempat di Kawasan kejiranan Cheongdam, Seoul.

Bimbang akan keadaan penyanyi tersebut, pengurusnya telah pergi ke kediaman wanita tersebut dan menemuinya dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan asap.

IKLAN

Terdahulu, Hara dikatakan mempunyai masalah dengan bekas teman lelaki.

Foto : Soompi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI