Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pelakon Anna Jobling meneruskan tradisi untuk tahun kedua dengan mengirimkan kad raya khusus buat keluarga, rakan-rakan serta peminatnya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Menghasilkan kad raya dengan sentuhan sendiri, Anna teruja untuk berkongsi ingatan tulus ikhlas dan kad ucapan istimewa tersebut.
Selain untuk menyebarkan kegembiraan dan mempereratkan kemesraan dalam kalangan peminat, bintang drama Melur Untuk Firsaus ini juga ingin menghargai pelbagai pihak yang sentiasa memberikan sokongan.
Ads
Malah cara ini sekaligus menghidupkan budaya tradisi apabila tibanya musim perayaan.
Ads
“Saya sangat teruja untuk meneruskan Projek Kad Raya tahun ini. Tahun lepas, bila Anna terima maklum balas daripada peminat terutamanya di media sosial, semuanya positif.
“Malah ada yang siap buat video cantik dan ‘tagged’ Anna di media sosial. Bukan itu sahaja, Anna juga berkongsi sampul raya eksklusif sebagai cenderamata buat mereka,” katanya.
Ads
Bersempena dengan Syawal tahun ini, Anna memperuntukkan 1000 kad raya dan akan diedarkan bermula minggu depan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Hari ini bawa Matin potong rambut, tak sabarkan nak tengok rambut baru dia,” tulis Shuib ringkas pada ruangan kapsyen.
Terlihat kemas dan comel, para peminat memberikan reaksi pelbagai sejurus Shuib berkongsi foto sebelum dan selepas rambut kanak-kanak berusia enam tahun itu dipotong.
Kisah kehidupan princess of pop, Britney Spears bakal dijadikan filem apabila Universal Pictures sudah mendapat hak untuk mengadaptasi buku memoir bintang terkenal itu.
Buku memoirnya yang berjudul The Women in Me diterbitkan pada 24 Oktober 2023 menjadi antara buku autobigrafi terlaris dengan lebih tiga juta salinan terjual seluruh dunia.
Berdasarkan laporan, filem tersebut bakal diarahkan oleh Jon M.Chu yang merupakan pengarah Crazy Rich Asians manakala penerbitnya pula adalah Marc Platt yang banyak menerbitkan filem seperti La la Land dan Chicago.
Meninjau ke laman X, penyanyi yang popular dengan lagu Sometimes itu turut berkongsi kepada pengikutnya mengenai hal ini.
“Teruja untuk berkongsi dengan peminat saya bahawa saya sedang mengerjakan projek rahsia dengan MarcPlatt. Dia sentiasa membuat filem kegemaran saya… Nantikan,” kongsi Britney pada pagi jumaat
Imbas kembali, The Women in Me merupakan buku memoir yang memiliki 275 halaman dan ditulis sendiri oleh Britney Spears.
Sejak diterbitkan, buku yang berada dalam carta pertama di New York Times Best Selling itu sudah diterjemahkan dalam 26 bahasa.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Diana Danielle tetap menyambut Aidilfitri dengan ceria walaupun dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora, beraya bersama bekas suaminya, Farid Kamil, tahun ini.
Menurut Diana, walaupun perkahwinan yang dibina selama 13 tahun telah berakhir, dia tetap menjalani kehidupannya dengan baik dan tidak bersedih dengan keadaan tersebut.
“Sejujurnya, saya seperti tiada perasaan. Minta maaflah, saya tiadalah sampai nak menangis di bucu katil atau termimpi-mimpi. Tidak sama sekali. Saya hanya bersyukur, Alhamdulillah anak-anak sihat dan dia (Farid) sihat.
“Apa yang penting, apabila Farid dan anak-anak gembira, saya pun gembira. Walau apa pun, sehingga ke akhir hayat, kami tetap ada pertalian.
“Jadi, saya harap Farid dan anak-anak akan bergembira di hari raya. Farid akan bawa anak-anak beraya di Kedah. Saya tidak sedih. Bila kita sudah buat sesuatu keputusan, kita kena matang melaluinya,” katanya kepada MH.
Diana berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Universal Music Malaysia, baru-baru ini.
Tradisi Raya Di Kampung
Diana menambah, dia juga mahu anak-anaknya meneruskan tradisi beraya di kampung seperti yang mereka lakukan setiap tahun.
“Saya bersyukur sebab anak-anak ada bapa yang sangat mengambil berat, habiskan masa bersama dan bawa pulang ke kampung. Belah saya memang sudah tiada kampung lagi.
“Dari dulu pun saya beraya di Kedah, itulah suasana kampung bagi saya. Jadi, penting untuk anak-anak untuk terus rasa suasana raya di kampung walau apa pun terjadi antara kami,” katanya lagi.
Diana juga bersyukur kerana kedua-dua anaknya cukup matang dan memahami keadaan keluarga mereka pada ketika ini.
“Anak-anak saya bukan lima tahun lagi. Usia mereka sudah 10 dan 12 tahun. Mereka sangat memahami dengan situasi yang berlaku saat ini. Mereka tiada isu pun.
“Mereka tidak persoal mengapa tidak macam ini dan sebagainya. Tiada tekanan di rumah dan tiada apa yang membuatkan kami ada tekanan,” kongsinya.
Ruang Untuk Diri Sendiri
Berkongsi perancangannya menyambut Syawal di Kuala Lumpur, Diana melihat peluang ini sebagai masa untuk berehat dan menikmati waktu untuk dirinya sendiri.
Diana juga tidak berasa kesunyian kerana masih mempunyai ramai ahli keluarga dan kenalan yang turut berada di ibu kota.
“Saya rasa emak-emak di luar sana memahami perkara ini, sebab Ramadan saya agak sibuk, jadi raya itulah masanya kita nak berehat sebab perjuangan selama sebulan itu juga tidak mudah. Masa seminggu itu saya rasa macam, lega.
“Saya harap orang tak ambil negatif, bukanlah saya tak mahu beraya dengan keluarga, tapi inilah realiti saya sekarang ini.
“Dari saya bersedih, menunggu anak-anak pulang dengan hati sayu, ia tidak memberikan kesan yang baik pada saya, jadi saya ambil ini sebagai suatu perkara positif.
“Inilah masa saya boleh fokus pada diri saya, jumpa saudara mara yang mungkin sudah lama saya tak jumpa, jumpa kawan-kawan dan sebagainya,” katanya.
Sejarah Rumah Tangga
Terdahulu, Farid dan Diana berdepan konflik rumah tangga sehingga bercerai buat kali pertama melalui Google Meet pada 10 Ogos 2023. Mereka kemudian mengambil keputusan untuk rujuk dalam tempoh iddah.
Namun, pada 24 Mac lalu, mereka sah bercerai talak satu buat kali kedua.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Li Si Xuan, yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik di Shenzhen, didapati telah memalsukan kelayakan akademiknya untuk melanjutkan pengajian di Universiti Hong Kong (HKU).Si...