Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pelakon Anna Jobling meneruskan tradisi untuk tahun kedua dengan mengirimkan kad raya khusus buat keluarga, rakan-rakan serta peminatnya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Menghasilkan kad raya dengan sentuhan sendiri, Anna teruja untuk berkongsi ingatan tulus ikhlas dan kad ucapan istimewa tersebut.
Selain untuk menyebarkan kegembiraan dan mempereratkan kemesraan dalam kalangan peminat, bintang drama Melur Untuk Firsaus ini juga ingin menghargai pelbagai pihak yang sentiasa memberikan sokongan.
Malah cara ini sekaligus menghidupkan budaya tradisi apabila tibanya musim perayaan.
“Saya sangat teruja untuk meneruskan Projek Kad Raya tahun ini. Tahun lepas, bila Anna terima maklum balas daripada peminat terutamanya di media sosial, semuanya positif.
“Malah ada yang siap buat video cantik dan ‘tagged’ Anna di media sosial. Bukan itu sahaja, Anna juga berkongsi sampul raya eksklusif sebagai cenderamata buat mereka,” katanya.
Bersempena dengan Syawal tahun ini, Anna memperuntukkan 1000 kad raya dan akan diedarkan bermula minggu depan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini