Pelakon Uqasha Senrose menyatakan rasa teruja apabila dipilih menjadi ‘muse’ seterusnya menyarung koleksi pengantin rekaan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun by Shanell Harun Creations pada tahun ini.
Membawa kelainan menerusi koleksi kapsul Gabrielle 2021 yang membawa pengaruh klasik Inggeris, busana indah dan mewah yang menampilkan bintang drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga dilihat sebagai satu pilihan yang tepat.
“Saya rasa teruja dan terharu menjadi individu pertama yang menyarungkan koleksi mewah dari Shanell Harun.
“Sejujurnya, saya rasa selesa dengan potongan busana dalam koleksi ini dan setiap perincian yang digunakan, bersesuaian dengan jiwa saya,” katanya.
Bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli, Uqasha turut memilih persalinan yang selesa tetapi pada masa sama tampak serba sempurna pada hari bahagianya kelak.
Ads
“Saya percaya setiap bakal pengantin impikan sesuatu yang terbaik, termasuk persalinan yang bakal disarung nanti sebagai raja sehari,” katanya lagi.
Sementara itu, Shanell Harun yang sinonim dengan mementingkan ketelitian, kekemasan serta kesempurnaan dalam setiap rekaan, menyifatkan pemilihan Uqasha adalah yang terbaik.
“Saya cuba mencipta kelainan menerusi koleksi ini dan bagi saya, Uqasha ialah bintang paling sempurna untuk ditampilkan sebagai wajah Gabrielle 2021.
Ads
“Koleksi ini diharap dapat memukau peminat fesyen tanah air menerusi pemilihan busana resepsi dengan gaya moden yang bakal menjadi trend perkahwinan pada tahun ini.
“Penggunaan fabrik renda Peranchis sebagai asas rekaan, berperincian minimal yang dipadankan bersama layah dan set berlian, pastinya membuat bakal pengantin tampil mempersona di hari bahagia mereka.
“Malah setiap awal tahun, saya akan mementaskan rekaan busana perkahwinan, namun tahun ini ia tidak dapat dilakukan akibat pandemik selain menyahut seruan kerajaan bagi memutuskan rangkaian COVID-19.
Ads
“Bagaimanapun, itu bukan alasan untuk saya tidak terus bekarya. Bagi yang ingin melihat koleksi istimewa ini dengan lebih dekat, anda boleh jengah ke akaun Instagram rasmi,” katanya.
Dalam sesi penggambaran itu, Uqasha turut memperagakan barangan kemas bernilai lebih RM4 juta tajaan Habib Jewels.
Shanell ialah bekas pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Rekaan Fesyen) UiTM dan berpengalaman hampir sedekad dalam industri fesyen tempatan.
Persembahan penyanyi Aisha Retno menerusi lagu Sutera di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) mencuri perhatian apabila dia tampil dengan gimik ‘terbang’ di pertengahan lagu yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil. Kali pertama bertanding di acara muzik tahunan itu, persembahan Aisha turut mendapat ‘standing ovation’ penonton di stadium. Aisha yang mempertaruhkan lagu ciptaannya bersama MFMF sebelum ini mengakui berhabis ratusan ribu bagi menjayakan persembahan terbaik malam ini. “Anggaran kos keseluruhan boleh dikatakan mencecah enam angka,” katanya yang turut diringi 22 penari. Mengakui 11 finalis lain mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri, Aisha menjelaskan tiga lagu baginya yang memberi saingan kepada lagu Sutera iaitu Kalam nyanyian Shiha Zikir, Santai (Naqiu) dan Kucuma (Wany Hasrita/Afieq Shazwan). “Ada tiga lagu yang memberi saingan seperti Kucuma, Kalam dan Santai. “Bagi kategori vokal pula, sudah tentulah Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan. Malah penyanyi lain yang bertanding juga hebat,” katanya. Selain Aisha, AJL 38 menyaksikan pemegang takhta Juara Lagu pada AJL 37, Aina Abdul sekali lagi mara menerusi lagu ciptaannya, Jangan Mati Rasa Itu. Lagu Astana nyanyian Ernie Zakri hasil ciptaan bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman, turut tersenarai sebagai finalis AJL 38. Sementara bekas juara AJL 32 dan AJL 33, Hael Husaini juga mara ke pentas akhir melalui lagu ciptaannya berjudul Bintang. Lagu lain turut lolos ke AJL kali ini termasuk Santai (Naqiu/Faizal Tahir); Inilah JalanNya (Masdo/Noh Salleh) dan Darah (Marsha Milan/Naim Daniel dan Firdaus Rahmat). Turut bersaing, Kalam (Shiha Zikir/Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat); Hasrat (Amir Jahari/Amir Jahari) dan Kucuma (Wany Hasrita dan Afieq Shazwan/A Ramlee dan Ezra Kong/A Ramlee dan Ezra Kong). AJL 38 turut mempertaruhkan lagu duet, Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat/Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar dan Nabila Razali/Amylea Azizan).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengumuman penyanyi remaja, Haqiem Rusli yang membayangkan sudah terfikir-fikir untuk bersara daripada industri muzik nyata mengejutkan ramai pihak.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik penyanyi Jatuh Bagun itu menerusi Instagram miliknya, Haqiem turut mendedahkan dia ada mengalami masalah depresi sejak sekian lama.
Berkongsi mengenai pengumuman yang dibuat Haqiem, ibunya Nazrah Nordin, 50, tampil memberikan pandangannya berhubung isu berkenaan.
Katanya seperti yang dipetik URTV Online, anaknya itu terkilan kerana dikecewakan kawan-kawan baik sendiri. Menurut Nazrah, Haqiem pernah meluahkan rasa kecewa dan putus harapan dengan apa yang berlaku.
“Haqiem kecewa kawan baik ‘tikam belakang’ dan ‘bermuka-muka’. Hadapan cakap lain, belakang cakap lain pula. Paling sedih, ada yang memperlekeh bakat Haqiem sebagai komposer muda. Tak kurang juga nak laga-lagakan Haqiem dengan orang lain tanpa ada perbincangan secara baik.
“Sebagai ibu, saya terkilan kerana kawan-kawan baiknya itu sudah saya anggap seperti ahli keluarga sendiri. Mereka selalu lepak di rumah bersama Haqiem, sudah seperti adik-beradik,” katanya.
Bagaimanapun, Nazrah enggan menyatakan siapakah individu yang dimaksudkan.
“Siapa mereka tu, rasanya biarlah menjadi rahsia antara kami. Saya pun tak mahu aibkan siapa-siapa sebab semuanya boleh diselesaikan cara baik.
“Lagi pun, hal ini terjadi antara Haqiem dan kawan-kawannya, rasanya lebih baik mereka yang uruskan serta selesaikan sendiri apa yang berlaku,” dedahnya yang turut menasihati Haqiem agar banyak bersabar dan berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin mengguris hati orang lain.
Pada masa sama, ibu penyanyi terbabit turut memberikan kebebasan buat anak lelakinya itu sama ada mahu teruskan kerjaya dalam seni atau sebaliknya.
“Saya memberi kebebasan kepada Haqiem untuk membuat keputusan. Kalau dia mahu bersara disebabkan kekecewaan itu, terpulanglah. Apa-apa pun, saya nasihatkan dia agar berfikir panjang dan susun perancancan masa depan sebelum membuat keputusan.
“Sama ada dia mahu bersara atau tidak dalam nyanyian, tunggulah dia umumkan nanti awal Julai ini. Saya tidak masuk campur kerana beri kebebasan untuk dia fikir apa yang terbaik,” akui Nazrah.
Ditanya sama ada kemungkinan apa yang dilakukan Haqiem sebagai suatu gimik, Nazrah memberitahu, Haqiem perlu tanggung apa sahaja kesannya.
“Andai kata timbul isu Haqiem mencipta gimik atau sengaja mahu mencetuskan isu, dia harus tanggung sendiri kerana itulah keputusan yang dilakukannya.
“Bagi saya, anak remaja ni perlu diberi ruang untuk membuat keputusan. Dalam masa yang sama, ibu bapa dan keluarga haruslah pantau dan sentiasa menyokong apa yang terbaik,”akhirinya seperti yang dipetik.
Foto: Instagram Haqiem Rusli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Buat julung kalinya, peminat permainan sukan elektronik, Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) dan peminat muzik tanah air disatukan dalam sebuah acara besar-besaran iaitu M6 Carnival yang bermula pada Jumaat di Tapak Parkir, KL Sport City, Bukit Jalil.