Pelakon, Hairi Safwan tidak menafikan dirinya kini sudah bergelar jutawan selepas fokus menjalankan bisnes sejak beberapa tahun lalu.
Hairi atau nama sebenarnya, Mohd. Hairi Safwan Aznan, 31, menjelaskan, dia kini sibuk menguruskan perniagaan produk makanan tambahan, TKO Nutrition.
Bagaimanapun, meski sudah bergelar jutawan, dia akui masih lagi aktif dalam dunia teater dan lakonan atas dasar minat.
“Alhamdulillah… Saya sudah capai target. Masih lagi berlakon, sebab hobi. Cuma beberapa bulan sebelum ini, saya beri fokus kepada dua anak saya yang terpaksa menjalani pembedahan membuang tonsil.
“Pada masa sama, saya ada juga terbitkan teater selain sibuk dalam rangka promosi filem lakonan saya, Busut Bonang yang akan ditayangkan pada 19 Disember ini,” katanya.
Ditanya sama ada pernah terfikir untuk menghasilkan sebuah filem bersama rakan kongsi, En. Izzaham Hamid, Hairi mengakui ada merancang tetapi ia memerlukan strategi yang betul dan teliti.
Ads
“Saya pernah suarakan hasrat dengan rakan kongsi untuk terbitkan nakshah filem. Cuma bila saya minta pendapat dari orang filem, mereka nyatakan amaun yang kami cadangkan itu masih belum mencukupi.
“Jadi rasanya kita kena ada perancangan yang betul-betul untuk realisasikannya,” katanya yang turut dalam perancang untuk mempersembahkan sebuah teater genre seram tidak lama lagi.
Melihat kepada kecintaannya dalam seni lakon, Hairi pada masa sama turut pasang impian mahu membahagiakan insan tersayang.
Ads
“Sudah tentulah kalau sesiapa sahaja yang ada duit, mereka nak berehat. Kalau orang tanya nak famous atau nak kaya, saya akan pilih kaya. Target saya adalah untuk bahagiakan anak isteri dulu. Kemudian barulah senang.
“Jadi selepas menjalankan bersama TKO ini pun, sejak tahun lalu baru saya berjaya raih rezeki alhamdulillah. Jadi ia mengingatkan saya supaya tidak perlu untuk boros dan beringat untuk menyimpan.
“Saya tetap berjimat, pakai motor biasa datang latihan dan sebagainya,” akui Hanif jujur.
Ads
Kekal bertenanga dengan berat badan ideal, juara program Anak Wayang ini ditemui media pada Sidang Media TKO Nutrition serta Pelantikan Duta & Pelancaran Produk di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
“Dulu pada peringkat awal, memang saya sudah berjaya kurangkan berat dari 85 kilogram kepada 75 kilogram. Malah, foto transformasi itu masih lagi ada. Tambahan pula ketika itu memang saya banyak luang masa di gim, kira-kira lima tahun lalu.
“Hinggalah sekarang, ia banyak beri kesan pada gaya hidup. Misalnya apabila saya bermain bola sepak, selalunya dalam 10 minit saya sudah keluar dah. Tapi berlari dengan 90 minit kiranya saya sudah fit,” kongsinya.
TKO Nutrition merupakan produk yang didatangkan dengan pakej coaching bagi rutin kecergasan dan khidmat nasihat pemakanan secara online kepada pengguna.
Ia berfungsi sebagai fat burner yang percepat proses kurus dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Layari www.tkonutrition.com.my untuk informasi yang lebih.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Baby Shima akui teruja apabila berkesempatan mendapatkan khidmat nasihat daripada agamawan yang juga mufti negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr. Maza berhubung isu solat serta hal berkaitan agama.
Menurut Shima, dia berterima kasih kepada Dr. Maza kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab beberapa soalan yang sering kali bermain di mindanya sebelum ini.
“Dosa antara kita dan Allah, hanya bertaubat kepadaNYA. Dosa menzalimi manusia lain, itu yang sukar dihapuskan melainkan dimaafkan oleh mangsa.
“Alhamdulillah dapat penerangan dari org yang sepatutnya menerangkan pasal solat dan pasal agama, terima kasih @drmaza_official Mufti Perlis atas ilmu yang berguna ini.
“Maaf Shima share kat sini agar dapat memberikan info kepada semua orang dan yang acah-acah Ustaz Ebit Liew ni,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan penyanyi lagu main mata itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Pada masa sama, Shima turut dilihat memuat naik beberapa foto tangkap layat yang memaparkan perbualannya bersama Dr. Maza menerusi aplikasi Whatsapp.
Dikesempatan itu juga, penyanyi yang turut aktif di Indonesia ini memberitahu, dia sebenarnya lebih selesa mendengar nasihat daripada individu yang lebih arif berbanding mereka yang hanya menegurnya demi meraih perhatian semata-mata.
“P/s: Saya hanya mendengar nasihat dari orang yang sepatutnya. Bukan dari ustaz ustazah sosial media yang saja untuk komen secara umum dan hanya mahukan perhatian sahaja tetapi hanya omong kosong. Pergi belajar agama lagi.
“Ni baru belajar sedikit dari youtube dah macam pemegang kunci syurga dah setaraf malaikat menentukan syurga neraka, dosa pahala orang lain. Jaga je amalan sendiri,” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih diatas perkongsian tersebut selain turut memuji usaha Shima yang telah membuat rujukan terhadap orang yang lebih arif bila timbul kekeliruan mengenai soal agama.
“Hebatnya dapat tanya direct dengan Mufti Perlis lagi. Terbaik Baby Shima. Ustaz ustzah fake sekalian, fahamkan betul-betul.
“Semoga Shima istiqomah dalam pelukan hidayah.
“It’s okay Shima. Just Allah know you. Abaikan kata-kata netizen dekat luar sama,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Melalui Program Infaq Jumaat, Pertubuhan Kasih Neelofa kali ini telah mengadakan agihan bantuan makanan asas kepada 166 Orang Kurang Upaya (OKU) di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur.
Penerima merupakan OKU yang berdaftar dan merupakan ahli Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jatidiri (PERJATI) yang kesemuanya merupakan penduduk PPR Desa Rejang.
Bantuan makanan asas tersebut merupakan sumbangan daripada Hospital KPJ dan Pertubuhan Kasih Neelofa yang merupakan simbolik kebersamaan pihak Hospital KPJ kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik.
Haris bin Ismail selaku duta Pertubuhan Kasih Neelofa, ketika menyampaikan sumbangan kepada wakil PERJATI turut menzahirkan reaksi mengenai projek yang dijalankan.
“OKU di PPR Desa Rejang ini sangat luar biasa. Mereka tidak menumpukan kepada status OKU mereka tetapi berusaha untuk mencari jalan untuk menyara keluarga dengan mempelajari pelbagai kemahiran.
“Namun begitu mereka tetap terkesan dengan pandemik ini,” katanya.
Dalam program agihan ini juga, wakil dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dijemput untuk hadir bagi memberi penerangan dan berkongsi maklumat berkenaan fungsi PERKESO dalam membantu golongan OKU yang hilang dan memerlukan pekerjaan bagi mengetahui laluan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Sementara itu, pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Neelofa turut sama merakamkan penghargaan kepada pihak korporat yang sudi bekerjasama dengan dalam membantu golongan yang memerlukan dari pelbagai aspek seperti keperluan asas dan menyediakan peluang pekerjaan.
“Saya berharap kerjasama bersama Hospital KPJ dan PERKESO ini dapat memberi manfaat dalam tempoh jangka panjang yang lebih besar kepada orang ramai,” katanya.
Pertubuhan Kasih Neelofa juga menjalankan agihan daging Qurban sumbangan Yayasan Pelajaran Mara di PPR Lembah Subang 2 serta lokasi lain di sekitar Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya mengakui secara tiba-tiba dia terlalu obses dengan drama-drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua.
Malah katanya kepada MH, dia sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program-program hiburan dari negara berkenaan.
“Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri negara berkenaan. Tetapi, tidaklah terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil.
“Sehinggakan, saya pernah mengajak suami saya untuk bercuti di sana. Memang minat sangat, tidak hanya dunia hiburannya semata-mata,” katanya.
Terdahulu, Hanez ditemui pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop serta baby showernya di Hotel Grand Millennium, pada Rabu.
Menurutnya lagi, dia mulai tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon-pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.
“Sejak obses dengan perkara tersebut, saya sangat tertarik dengan solekan jua. Tampak semula jadi dan tampak segar.
“Disebabkan hal itulah, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini. Ia mempunyai tiga variasi warna bersama perisa berbeza,” katanya lagi yang turut menjelaskan, Cake Pop sudah pun boleh didapati mulai hari ini.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Pewarna bibir Cake Pop dijual secara online di Instagram.
Pada majlis tersebut, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...