Pelakon, Hairi Safwan tidak menafikan dirinya kini sudah bergelar jutawan selepas fokus menjalankan bisnes sejak beberapa tahun lalu.

Hairi atau nama sebenarnya, Mohd. Hairi Safwan Aznan, 31, menjelaskan, dia kini sibuk menguruskan perniagaan produk makanan tambahan, TKO Nutrition.

Bagaimanapun, meski sudah bergelar jutawan, dia akui masih lagi aktif dalam dunia teater dan lakonan atas dasar minat.

“Alhamdulillah… Saya sudah capai target. Masih lagi berlakon, sebab hobi. Cuma beberapa bulan sebelum ini, saya beri fokus kepada dua anak saya yang terpaksa menjalani pembedahan membuang tonsil.

“Pada masa sama, saya ada juga terbitkan teater selain sibuk dalam rangka promosi filem lakonan saya, Busut Bonang yang akan ditayangkan pada 19 Disember ini,” katanya.

“Saya Tetap Berjimat, Pakai Motor Biasa ” – ‘Diam Ubi Berisi’, Hairi Safwan Sebenarnya Sudah Berstatus Jutawan!

Ditanya sama ada pernah terfikir untuk menghasilkan sebuah filem bersama rakan kongsi, En. Izzaham Hamid, Hairi mengakui ada merancang tetapi ia memerlukan strategi yang betul dan teliti.

IKLAN

“Saya pernah suarakan hasrat dengan rakan kongsi untuk terbitkan nakshah filem. Cuma bila saya minta pendapat dari orang filem, mereka nyatakan amaun yang kami cadangkan itu masih belum mencukupi.

“Jadi rasanya kita kena ada perancangan yang betul-betul untuk realisasikannya,” katanya yang turut dalam perancang untuk mempersembahkan sebuah teater genre seram tidak lama lagi.

“Saya Tetap Berjimat, Pakai Motor Biasa ” – ‘Diam Ubi Berisi’, Hairi Safwan Sebenarnya Sudah Berstatus Jutawan!

Melihat kepada kecintaannya dalam seni lakon, Hairi pada masa sama turut pasang impian mahu membahagiakan insan tersayang.

IKLAN

“Sudah tentulah kalau sesiapa sahaja yang ada duit, mereka nak berehat. Kalau orang tanya nak famous atau nak kaya, saya akan pilih kaya. Target saya adalah untuk bahagiakan anak isteri dulu. Kemudian barulah senang.

“Jadi selepas menjalankan bersama TKO ini pun, sejak tahun lalu baru saya berjaya raih rezeki alhamdulillah. Jadi ia mengingatkan saya supaya tidak perlu untuk boros dan beringat untuk menyimpan.

“Saya tetap berjimat, pakai motor biasa datang latihan dan sebagainya,” akui Hanif jujur.

IKLAN

“Saya Tetap Berjimat, Pakai Motor Biasa ” – ‘Diam Ubi Berisi’, Hairi Safwan Sebenarnya Sudah Berstatus Jutawan!

Kekal bertenanga dengan berat badan ideal, juara program Anak Wayang ini ditemui media pada Sidang Media TKO Nutrition serta Pelantikan Duta & Pelancaran Produk di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

“Dulu pada peringkat awal, memang saya sudah berjaya kurangkan berat dari 85 kilogram kepada 75 kilogram. Malah, foto transformasi itu masih lagi ada. Tambahan pula ketika itu memang saya banyak luang masa di gim, kira-kira lima tahun lalu.

“Hinggalah sekarang, ia banyak beri kesan pada gaya hidup. Misalnya apabila saya bermain bola sepak, selalunya dalam 10 minit saya sudah keluar dah. Tapi berlari dengan 90 minit kiranya saya sudah fit,” kongsinya.

TKO Nutrition merupakan produk yang didatangkan dengan pakej coaching bagi rutin kecergasan dan khidmat nasihat pemakanan secara online kepada pengguna.

Ia berfungsi sebagai fat burner yang percepat proses kurus dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Layari www.tkonutrition.com.my untuk informasi yang lebih.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI