Sering kelihatan kemas, segak dan tampan, penyanyi, Dinie Rashid ada berkongsi mengenai cita rasa fesyennya meski bergelar orang kelainan upaya ; penglihatan. (OKU)
Menurut Dinie, meskipun penglihatannya agak terbatas, dia tetap menitik beratkan aspek gaya dan penampilan.
Jelas penyanyi itu lagi, dia berterima kasih kepada pihak pengurusannya yang selama ini banyak memberikan khidmat nasihat serta turut menyediakan segala yang dia inginkan.
“Sudah tentu saya ada rujukan. Lagipun sebelum ini saya boleh melihat. Jadi adalah fesyen-fesyen yang saya minat.
“Bila mengenai soal styling dan penggayaan saya, semuanya diuruskan oleh pihak mengurusan. Meraka juga selalu bagi saya semangat.
“Mereka banyak bagi nasihat pasal penampilan saya. Walaupun saya tak nampak tapi mereka kata saya tetap kena nampak gah bila dikhalayak umum atau membuat persembahan.
“Kalau mereka ni tiada mungkin saya hanya pakai t-shirt je. Mereka banyak mengubah saya,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya mengenai perancangannya bersama pasangan duo, Khai Azreen, ini jawapan yang diberikan oleh pemenang tempat keempat Big Stage 2020 (BS2020) itu;
“Saya masihlah lagi bersama pasangan duo saya Khai. InsyaAllah kami akan ada single baru bersama.
“Saya akan bergerak sebagai DinienKhai begitu juga sebagai Dinie Rashid. Saya tidak akan lupakan dia. Saya setia orangnya,” jelasnya lagi.