Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita “Saya Tetap…,” – Tiga Kali Raih Anugerah Utama, Ini Reaksi Terkini Tok...

“Saya Tetap…,” – Tiga Kali Raih Anugerah Utama, Ini Reaksi Terkini Tok Ti Andai Anta Permana Lolos Ke AJL Tahun Ini!

Buat kesekian kali, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu setakat ini dia masih kekal dengan pendirian untuk tidak berentap dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), meski lagu nyayiannya, Anta Permana berjaya meneruskan saingan ke pertandingan nyanyian berprestij itu.

Perkata tersebut dimaklumkan penghibur terkenal itu selepas beberapa kali diasak dengan persoalan sama oleh para peminat yang merindui kelibat penyanyi berkenaan di anugerah muzik tahunan itu.

“Seperti yang saya sudah beritahu sebelum ini, saya mahu berehat dari menyertai Anugerah Juara Lagu.

“Setakat ini saya tetap dengan pendirian tersebut,” katanya kepada MH.

IKLAN

Terdahulu, Siti ditemui sejurus selesai menjayakan konsert mini Shopee X Simplysiti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Sabtu.

Difahamkan, Hael sebelum ini belum terbuka hati untuk ‘membenarkan’ penyanyi lain menggantikan tempat Siti kerana lagu dan ‘jiwa’ Anta Permana sememangnya dicipta khas buat penyanyi nombor satu negara itu.

IKLAN

Kali terakhir Siti berentap di AJL adalah pada pada tahun 2007 menerusi lagu Destinasi Cinta.

Sepanjang persiangannya di AJL, ibu kepada seorang cahaya mata ini unggul dengan merangkul anugerah utama sebanyak tiga kali iaitu menerusi lagu Jerat Percintaan (AJL11),  Cindai (AJL13) dan Balqis (AJL15).

IKLAN

Antara Permana merupakan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza/Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI