Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS mengakui terkesan atas berita pemergiaan penyanyi, Siti Sarah Raisssuddin pada pagi Isnin.
Menurut Ramli, dia tiada kata-kata saat menerima perkhabaran tersebut lalu menzahirkan ucapan takziah buat Shuib seisi keluarga.
“Saya tiada ayat untuk menggambarkan berita itu. Malah di media sosial pun, saya tak buat apa-apa hantaran mengenai arwah. Saya cuma sampaikan doa serta ucapan kepada ahli keluarganya menerusi pengurus Allahyarham.
“Sebelum ini, Alyah ada beritahu saya mengenai keadaan dirinya ketika disahkan positif Covid-19 dan sebagainya. Saya berdoa mengharapkan yang terbaik.
“Kemudian, pihak Indigital Music, Watie ada hubungi dan maklumkan mengenai berita pemergian arwah, sudah tentu saya terkejut. Saya pun sudah tua dan sudah pasti kita semua akan terima ‘bahagian’ kita juga cepat atau lambat.
“Cuma bagi saya, dia pergi dalam usia muda. Ia satu kehilangan terutamanya bagi Shuib dan anak-anak serta seluruh keluarga Allahyarham,” katanya kepada MH.
Ditanya sejauh mana keakraban bersama arwah yang pernah menyertai Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) sebelum ini, Ramli mendedahkan, mereka sudah saling mengenai sejak sekian lama.
“Saya sudah kenali Siti Sarah agak lama iaitu dari zaman bapanya, Raissuddin Hamzah terlibat dalam seni lagi.
“Lalu kami sangat terbuka untuk berkongsi apa sahaja termasuk soal muzik, mungkin kerana saya sudah mengenali lama bapanya terlebih dulu.
“Jadi bila darah seni diturunkan kepada arwah, sudah tentu kesinambungan itu merapatkan hubungan kami,” katanya.
Berkongsi sisi peribadi Allahyarham pada pandangan matanya pula, Ramli menjelaskan, dia melihat Siti Sarah sebagai artis yang berdedikasi.
“Saya bekerja dengan ramai selebriti sejak beberapa dekad lalu dan arwah aktif dalam industri lewat 90-an. Sejujurnya bagi saya, dia seperti bayangan selebriti era 60-an punya ‘perangai’.
“Seorang yang komited, sukar untuk jumpa seorang penyanyi seperti Siti Sarah.
“Malah saya dan arwah serta suami sebelum ini pernah keluar makan bila selesai program Sepahtu Reunion. Ketika itu saya diundang sebagai artis jemputan.
“Bila nampak cara mereka berdua tu… layanan Sarah terhadap Shuib begitu taat dan akrab, berbeza dengan karektornya ketika membuat persembahan atau ketika Shuib tiada bersama arwah. Bagi saya Shuib bertuah,” katanya lagi.
Mengharapkan agar Shuib kuat selepas ini, Ramli juga percaya apa yang berlalu adalah aturan baik dari Yang Maha Esa.
“Shuib kena teruskan hidup. Suratan sudah pun diatur cantik Allah SWT. Terus fahami diri sendiri, orang lain dan menjadi bapa yang lebih kuat.
“Cepat atau lambat kita semua akan pergi juga. Kita doakan yang baik-baik untuk semua,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aktor tubuh sasa, Zul Ariffin mengakui dia ada menyimpan hasrat untuk melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah andai sudah sampai seru buatnya untuk mendirikan rumah tangga.
Tambah bintang berusia 33 tahun ini lagi, meski sehingga kini dia masih belum mempunyai teman istimewa, Zul bagaimanapun sudah bertanya terhadap beberapa rakan selebriti perihal prosedur andai nikah di tanah suci
“Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah.
“Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh,” katanya seperti yang dipetik BH Online.
Pada masa sama, hero filem Misteri Delaila ini juga memberitahu andai impiannya menjadi kenyataan, majlis resepsi tetap dilangsungkan di Malaysia.
“Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang.
“Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama,” kongsi Zul.
Sementara itu apabila bercakap dengan lebih terperinci mengenai soal jodoh, Zul tidak mahu lagi merancang, bimbang andai tak menjadi.
“Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi.
“Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya.
“Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan,” jelas Zul.
Foto: Instagram Zul Ariffin, Sumber : BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan gembira apabila lagu duet di samping Jaclyn Victor, Nisan Cinta menjadi antara 12 lagu terbaik yang bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) Februari depan.
Katanya, meski pada awal dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, namun keputusan dari para juri profesional pada Muzik Muzik semi final lalu nyata memberi 1001 makna buat dirinya.
Buat pertama kali, penyanyi asal Negeri Sembilan ini berpeluang menyanyikan lagu sendiri di pentas berprestij itu.
“Sudah tentunya saya gembira sebab selama 18 tahun dalam industri, akhirnya saya berjaya juga menyanyikan lagu sendiri di AJL. Dulu memang pernah nyayi, tapi gantikan Syura.
“Menrusi lagu Candak, tahun 2006 kot,” katanya kepada MH.
Ujarnya lagi pada peringkat awal, lagu duet bersama Jaclyn Victor itu tidak tersenarai sebagai finalis AJL memandangkan lagu tersebut diumumkan lambat.
“Saya cakap dengan Jac, tak ada ni babe kita.So tidak mengapalah kita enjoy saja sebab kawan-kawan lain pun nyanyi juga. Tapi akhir sekali bila umumkan penyanyi dan pencipta lagu, itu yang terkejut .
“Macam tak sangka. Rasa terubat juga. Mungkin tahun lepas tak ada rezeki, jadi Dia berikan rezeki itu tahun ini rupanya…,” akhiri Nana.
Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana bersama protogenya, turut bersaing dalam program realiti, Mentor 7 di TV3.
Foto: Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kecoh menerusi Twitter baru-baru ini apabila ada pengguna media sosial mendakwa, bintang Insta yang dulunya popular menerusi panggilan ‘Awek Cendol’, Nija atau nama sebenarnya, Nur Anizah Tahang sudah pun tiada apa-apa hubungan dengan lelaki yang dikatakan kekasihnya sebelum ini, Aiman.
Malah, jika dahulunya mereka sering memuat naik gambar mesra menerusi media sosial masing-masing, namun kini semuanya sudah bertukar apabila difahamkan, keduanya kini sudah pun berpisah seterusnya membawa haluan masing-masing.
Malah, perkara tersebut diperkuatkan lagi dengan muat naik foto mesra Nija bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Izzat saat mereka bersama-sama isi masa di Langkawi baru-baru ini.
Sementara foto Aiman pula turut dimuat naik seorang wanita lain menerusi media sosial. Apa sebab atau punca yang menyebabkan hubungan mereka terhenti di pertengahan jalan, tidak pula didedahkan.
Bagaimanapun, Nija menerusi Instagram sehari lalu ada memaklumkan dia tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapapun. Jika benar mereka sudah tiada apa-apa hubungan, anggaplah saja sudah tiada jodoh kan?
“Semua single so tak kisahlah nak berkawan dengan sesiapa pun. Thanks for short vacay guys & thanks juga banyak beri aku nasihat weh.
“I will miss you guys,” tulisnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI