Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun tidak menafikan dirinya kini sedang berkawan rapat seorang usahawan wanita berstatus janda kelahiran Indonesia.
Masih dalam fasa mengenali satu sama lain, bintang berusia 35 tahun itu menjelaskan keduanya kian rapat selepas berkenalan menerusi sebuah majlis rakan.
“Dalam proses perkenalan memandangkan kami secara jarak jauh. Jadi tiada kesempatan untuk bertemunya selalu,” katanya ringkas selepas ditanya mengenai hubungan yang mulai mekar sejak beberapa bulan lalu itu.
“Saya tiada halangan dan berkawan dengan semua orang termasuk individu dari negara luar. Kalau nak dikata kami ada sesuatu tu, rasanya cepat sangat. Malah kami pun jarang bertemu, masih dalam fasa perkenalan,” jelas Hafiz lagi.
Pada masa sama, Hafiz turut mengakui perkenalan dengan wanita berstatus janda itu berlaku secara tidak langsung.
Difahamkan juga, wanita berusia 20-an itu merupakan usahawan popular di Indonesia dan turut memiliki jumlah pengikut yang ramai di Instagram.
“Dia seorang usahawan dan sejujurnya saya banyak juga lakukan kerjasama dengan penggiat seni Indonesia dan kami kenal antara kenalanlah. Cuma bila kami isi masa tu macam ada keserasian.
“Saya rasa untuk elakkan hal lama terjadi kembali, rasanya lebih baik untuk kita pastikan terlebih dahulu. Saya pun sudah 35 tahun, kalau ada jodoh insyaAllah,” terangnya lagi.
Terdahulu, Hafiz ditemui pada majlis majlis pelancaran Aliff Syukri Legacy Cosmetics di Menara Mustapha Kamal, Damansara pada Rabu turut menambah, dia cukup selesa berkawan dengan wanita berkenaan.
Malah, Hafiz juga tidak menafikan wanita tersebut adalah wanita yang paling rapat dengan dirinya ketika ini.
“Buat masa ni saya selesa berkawan dengannya. Kami boleh berkongsi mengenai hal yang berbeza. Memandangkan kami jauh jadi masing-masing akan bercerita mengenai pelbagai perkara,” akhirinya.
Ads
Terdahulu menerusi Insta Stories, Hafiz turut berkongsi foto yang merakamkan sebuah panggilan dibuat dengan kapsyen; “Kangen ama kamu ya?.
Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan kosmetik, Joy Revfa pada Mei 2017. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut hanya bertahan dalam tempoh lima bulan sahaja.
Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal muncul dengan album terkini November depan.
Pengacara terkenal, Azwan Ali atau lebih sinonim dengan sapaan Diva AA ada memuat naik satu rakaman video di laman media sosial Twitter miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan bekas hos itu sedang membuat persiapan untuk memasak Gulai Rendang dan ia turut kepada pelanggan yang telah membuat tempahan, Sabtu depan.
Dalam pada itu, Diva AA tidak dapat menahan sebak apabila teringatkan kenangan bersama arwah ibunya, Hajah Che Tom Yahaya.
Pada masa sama, Diva AA menjelaskan menu tersebut adalah resepi yang diperturun oleh arwah ibunya.
“Alhamdulillah ya, tengah sediakan bahan-bahan asas untuk menumis rendang chef Diva yang diorder oleh berbillion-billion great followers dan akan dihantar pada Sabtu ni.
“Rendang chef Diva AA ni belajar daripada arwah Mak Tom ya tapi arwah dah tak ada pun.
Lantas, perkongsiannya turut undang rasa sebak di kalangan wargamaya yang menonton rakaman video berkenaan.
Untuk rekod, Allahyarhamah ibu Diva AA meninggal dunia pada usia 82 tahun dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Damansara, 18 Februari 2017.
Video: Twitter Azwan Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe, Miss World dan Miss Intercontinental bukanlah sekadar sebuah pertandingan semata-mata. Pertandingan ini menjadi satu medan untuk gadis tempatan menonjolkan diri mereka di samping menjadi satu platform untuk menceburi dunia seni tanah air.
Buktinya, ramai selebriti tempatan yang dilahirkan dari pertandingan ratu cantik. Menempa nama sebagai pemenang dan mewakili negara di pentas antarabangsa menjadi satu tiket untuk dikenali dan juga menjadi perhatian media.
Ini adalah 10 senarai selebriti tanah air yang mula menempa nama menerusi pertandingan Ratu Cantik.
TAN SRI MICHELLE YEOH
Michelle Yeoh merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 1983. Bermula dari situ dia mula melbarkan sayapnya di dalam bidang lakonan dan berjaya menjadi seorang pelakon bertaraf antarabangsa. Antara filem terkenal lakonannya seperti James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian dan yang terbaharu Shang-Chi and the legend of the ten rings.
KAVITA SIDHU
Pelakon, model dan pengacara yang terkenal menerusi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam ini merupakan wakil Malaysia dalam pertandingan Miss Charm International pada tahun 1990. Paling mengujakan, dia berjaya memenangi pertandingan tersebut sekaligus menjadi antara wakil Malaysia pertama yang menjuarai pertandingan ratu cantik di pentas antarabangsa.
ERRA FAZIRA
Antara gadis Melayu popular yang mencipta nama menerusi pertandingan ratu cantik. Erra Fazira memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 ketika berusia 18 tahun. Kemenangannya itu membuka ruang untuk dia dikenali sebagai seorang model dan pelakon.
Manakan tidak, debut lakonannya menerusi filem Sembilu pada tahun 1994 membuahkan hasil sehinggakan dia dikenali sebagai primadona filem melayu. Kemudiannya dia melebarkan sayap dalam bidang nyanyian dan ternyata dia juga berjaya sebagai penyanyi.
ROZITA CHE WAN
Rozita Che Wan atau nama glamornya Che Ta sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Popular sebagai model sebelum bergelar pelakon, ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan pemenang pertandingan Miss Intercontinental Malaysia pada tahun 1992 dan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa. Walaupun memulakan langkah sedikit lewat dalam dunia lakonan, namun debutnya menjadi dan dia antara pelakon popular di Malaysia menerusi pelbagai drama dan juga filem.
LINA TEOH
Lina mencipta sejarah apabila dia memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Miss World 1998. Kejayaannya ini merupakan pencapaian terbaik wakil Malayisa setakat ini dalam pertandingan ratu cantik bertaraf tinggi itu. Sejurus itu, wanita cantik ini menceburi dunia seni menerusi siri komedi Kopitiam yang mendapat sambutan hangat ketika itu. Selain itu dia turut bergelar seorang pengacara dan juga penerbit.
ELAINE DALY
Elaine memulakan langkahnya sebagai seorang model dan kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia pada tahun 2003. Sejurus memenangi pertandingan tersebut dia seterusnya aktif sebagai model dan mula menceburi dunia lakonan. Kefasihannya berbahasa melayu menjadi satu kelebihan dan dia telah membintangi banyak drama dan filem di Malaysia. Antara filem yang lakonannya seperti The Reb Kebaya dan Cuci. Pada tahun 2010 dia telah mememangi anugerah pelakon wanita terbaik drama Anugerah Seri Angkasa menerusi lakonannya di dalam drama Apa Dosaku?. Selain bergelar seorang pelakon dia juga merupakan seorang pengacara yang popular.
DEBORAH HENRY
Wanita cantik tinggi lampai ini antara ratu cantik Malaysia yang paling diingati dalam sejarah ratu cantik Malaysia. Kegagalannya tembus sebagai top 16 pada pertandingan Miss Universe 2011 menjadi tanda tanya seluruh dunia kerana dia dilihat sebagai pesaing utama dalam pertandingan itu.
Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah terlebih dahulu memegang gelaran Miss World Malaysia 2007 dan dia berjaya berada dikalangan finalis top 16 pada pertandingan peringkat antarabangsa yang berlangsung di China. Deborah merupakan seorang pengacara yang kerap menjadi pilihan pelbagai jenama dan dia juga menjadi pilihan stesen TV untuk mengacara seperti rancangan Bella di ntv7. Selain itu dia juga pernah berlakon di dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
DR SOO WINCCI
Dr Soo Wincci merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia bagi edisi tahun 2008. Kemenangannya ini membuka peluang untuk dirinya bergelar anak seni dalam industri seni tempatan. Dia membintangi drama seperti Mr Siao’s Mandarin Class, Injustice, Justice in the City dan banyak lagi.
Drama yang mengangkat namanya dikalangan peminat Melayu adalah Kau Yang Satu yang mana dia memegang watak antagonis disamping pelakon hebat lain seperti Dato’ Aaron Aziz dan Izara Aishah. Selain bergelar pelakon Dr Soo Wincci juga merupakan seorang penyanyi dan pernah merakamkan lagu dalam bahasa melayu yang bertajuk, Terus Teranglah. Dia juga pernah bergelar finalis Masterchef Malaysia dan berjaya menjadi top 5.
THANUJA ANANTHAN
Wanita tinggi lampai berdarah India ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009. Dengan ketinggian melebih 180cm dia merupakan antara model popular di Malaysia. Thanuja kini merupakan seorang pelakon, model dan hos. Dia membintangi drama seperti Temuan Takdir, Anak Merdeka, Nafas dan DM Hati Awak. Dia juga merupakan seorang juri bagi pertandingan realiti All Together Now Malaysia.
AMY NUR TINIE
Amy Nur Tinie merupakan pemenang pertandingan Miss Eco International 2019. Dia merupakan seorang peragawati dan juga mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Dia merupakan seorang pengacara rancangan kewanitaan berjudul Tumit Tinggi di RTM. Selain itu dia juga sudah mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan apabila membintangi filem seperti 10 Tips Tipu Bini yang disiarkan menerusi saluran Astro First dan juga drama Mak, Abang Nak Kahwin.
Cantik-cantik semuanya kan? Tidak kiralah Melayu, Cina atau India mereka semua bangga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam pada itu, peminat juga turut berasa kagum melihat kecekalan Bella melakukan aktiviti berbasikal.
Terdahulu, Bella mendirikan rumah tangga bersama penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean, 2.
Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai pada 16 Mei yang lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!