Pengarah dan penerbit, Syamsul Yusof tampil menjelaskan mengenai keputusan menggugurkan pelakon, Aaron Aziz daripada membingangi filem The Original Gangster.
Menurut Syamsul, antara lain ia disebabkan masalah kesihatan yang sekaligus mengundang pelbagai kebimbangan dalam kalangan penerbit dan pelakon lain.
Malah, keputusan tersebut adalah hasil perbincangan bersama rakan penerbit lain, pelakon dan kru terlibat.
“Minta maaf… kepada Aaron Aziz. Dia begini, ia melibatkan profesionalisme. Ini tentang kerja. Saya tiada masalah dengan Aaron Aziz walaupun ya nama dia digugurkan dalam filem The Original Gangster pun, saya tiada masalah. Pasal benda ini profesional.
“Tapi bila dia ambil perkara ini secara personal, cakap saya sudah ada kereta besar, rumah besar. Apa benda ni?
“Minta maaf saya kena cakap benda betul di sini. Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron Aziz dalam filem The Original Gangster.
Ads
Penerbit sudah berbincang dan menasihati saya bahawa Aaron tak boleh, dia dah tua, dia dah gemuk. Saya minta beri Aaron masa.
“Sebab Aaron sudah berjanji boleh kuruskan badan dan menjalani latihan intensif dan sebagainya. Selain daripada itu, Aaron kan ada masalah ‘slipped disc’. Kesihatannya pula.
“Kita ada tarikh sepatutnya menjalani penggambaran. Saya berbincang dengan beberapa orang penerbit, kena bagi masa pada dia dan ‘extend’ waktu penggambaran.
“Tetapi sebagai seorang sahabat, saya takut apa-apa terjadi dengannya sewaktu penggambaran terutamanya babak-babak aksi kerana sekali lagi, dia ada slipped disc.
Ads
“Jika ada apa-apa yang berlaku nanti saya pula yang akan dipersalahkan. Jadi saya risaukan tentang itu, itu yang terbaik nombor satu,” jelasnya.
Sedutan mengenai penjelasan tersebut turut dimuat naik kembali di Instagram miliknya, hari ni.
Pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu lagi, keputusan itu dibuat selepas mendapat maklum balas daripada beberapa pelakon lain antaranya Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy yang tidak yakin dengan Aaron susulan kondisi kesihatannya.
“Sebelum menjalani penggambaran, kita ada melalui proses latihan. Ada beberapa pelakon dan kru memaklumkan Aaron ada masalah sewaktu sesi latihan termasuklah isu disiplin. Saya kalau boleh tak nak cakap benda ni.
Ads
“Tetapi saya terpaksa cakap. Semua orang ada masalah dengan dia. Tetapi saya masih ingin berikan dia peluang kerana saya faham dia tengah sakit. Mereka juga ada berkongsi video sesi latihan dengan saya.
“Namun setelah berbincang, memang kita tidak boleh buat apa-apa. Masalah kesihatan ini tidak boleh dibuat main,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang anak itu turut menjelaskan dia sendiri menghubungi Aaron untuk memaklumkan keputusan tersebut.
Meluangkan momen berharga bersama anak angkatnya, Faeq Razeeq, Sufian Suhaimi mengakui waktu usia bayi sehingga dua tahun adalah detik paling penting untuk diberi perhatian kepada kanak-kanak.
Pada masa sama, sekeping foto yang dikongsi juga menjadi perhatian gara-gara kapsyen yang perihal bakal ibu Faeq turut dicoretkan penyanyi berkenaan.
“Quality time. Baby Faeq tengah sibuk mengadu lutut dia calar walaupun ayah Yan dah baca bismillah sambil tiup untuk ke seratus empat puluh juta kali, time tu juga bakal ibu Faeq nak attention. Mestilah attention lebih dekat baby Faeq! “Usia 0-2 tahun adalah waktu crucial dimana baby memerlukan perhatian dari ibu bapanya. Tak kiralah sibuk mana pun, cuba untuk luangkan masa sekurang-kurangnya 2 jam bersama tanpa gadget,” tulisnya.
Seniwati, Fauziah Ahmad Daud memaklumkan sahabatnya yang juga merupakan pelakon senior, Aripah Damanhuri telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Fauziah menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, sebagai rakan industri, dia sememangnya amat menghormati keperibadian Aripah selama ini.
“Seniwati Aripah Damanhuri telah pulang kepada ya Khaliq. Seniwati yang saya hormati. Allahyarhamah merupakan kakak kepada seniwati Normah Damanhuri.
“Ya Allah ampunilah dia. Belas kasihanilah dia. Hapuskanlah dan ampunilah segala
dosa-dosanya. Tempatkan dia bersama para-para syuhada. Aamiin Allahumma Aamiin.
“Takziah buat seisi keluarga. Allahyarhamah Aripah Damanhuri,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, Fauziah turut menitipkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Aripah selain turut mendoakan semoga mereka diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih diatas perkhabaran tersebut.
Sekadar informasi, Allahyarham Aripah merupakan kakak kepada pelakon senior yang kini sedang membintangi filem 3 Janda Melawan Dunia, Normah Damanhuri.
Beberapa minggu lalu, Normah memaklumkan kakaknya itu telah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fauziah Ahmad Daud
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!