Pelakon Syafiq Kyle yang pernah terpalit dengan kontroversi video sensasi tahun lalu memberikan komen mengenai isu beberapa selebriti lelaki lain yang turut terkesan dek kisah hampir sama, hingga memberi tekanan.
Terkini, video lelaki yang didakwa mirip wajah penyanyi remaja Aiman Tino pula mulai tular sejak minggu lalu dan pelakon berkenaan mengharap agar Aiman menyelesaikan isu tersebut dengan baik, dalam keadaan waras tanpa tekanan.
“Saya tiada nasihat apa-apa. Cuma harap mereka boleh berfikir dengan baik, dengan waras tiada tekanan.
“Saya rasa cukup dengan ada sokongan keluarga yang baik, itu yang paling penting, selain buat baik dengan semua orang,” kongsinya ringkas.
Terdahulu, hero drama Nur 2 yang bakal bersiaran April depan ini ditemui media pada majlis Preview Fashion ZaloraRaya Kylez by Syafiq Kyle Blackbox Publika, baru-baru ini.
Pada masa sama, Syafiq turut memberitahu orang di luar sana tidak sepatutnya menghakimi orang lain dengan sewenang-wenangnya.
“Pada tahun ini, banyak perkara yang sudah kita lalu. Bukan sahaja mengenai isu industri tetapi juga isu negara yang jauh lebih besar.
“Kita tidak boleh jatuhkan hukuman dengan apa yang dilakukan atau yang sudah dilakukan orang lain. Kita sepatutnya tengok pada diri sendiri juga apa yang dilakukan ataupun telah kita buat.
“Cukupkah bagi kita untuk berikan nasihat, sedangkan diri sendiri tidak pasti betul atau tidak apa sebenarnya yang sedang dilakukan,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI