“Saya Tiba-Tiba Terjaga Dari Tidur Dan Muntah Atas Katil,” – Ayda Jebat Cerita Soal Alahan, Pernah Hampir Keguguran

Share

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui dia hampir mengalami keguguran kerana berdepan tekanan kerja.

Malah dia pada masa sama, kecewa dengan berita kehamilan yang disiarkan tanpa izin dirinya dan suami, Nabil Mahir sebelum ini.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan ketika usia kehamilan mencecah dua bulan.

“Saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memerlukan masa untuk mengatur semula jadual kerja sebaik disahkan hamil.

“Disebabkan komitmen kerja yang perlu dibuat dalam tempoh yang singkat menyebabkan saya penat sehingga hampir mengalami keguguran akibat pendarahan yang berlaku,”katanya.

Menyentuh mengenai kehamilan, Ayda mengakui berdepan alahan yang teruk selain belum bersedia untuk mengumumkan jantina anak sulungnya.

“Insya-Allah saya dijangka bersalin pada Oktober depan. Buat masa ini jantina anak kami rahsiakan dahulu. Kami akan mengadakan majlis pengumuman istimewa nanti.

“Soal alahan saya juga tidak terlepas mengalaminya. Pernah satu malam saya tiba-tiba terjaga dari tidur dan muntah atas katil. Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman,” katanya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Published by
MH