Penyanyi antarabangsa yang popular dengan gelaran Princess of Pop, Britney Spears membuat kenyataan kepada umum bahawa dia tidak akan kembali lagi ke industri muzik.

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram itu, Britney membidas kenyataan beberapa media Amerika Syarikat yang membuat spekulasi bahawa dia sedang dalam proses menyiapkan album kesepuluhnya.

“Sebagai penjelasan, semua berita adalah sampah. Mereka terus menyatakan yang saya mendekati beberapa orang untuk menerbitkan album baharu. Saya tidak akan kembali ke industri muzik,” kongsinya menegaskan isu tersebut.

“Saya Tidak Akan Kembali Lagi Ke Industri Muzik,” – Britney Spears
Tangkap layar hantaran Instagram Britney Spears

Walaupun mengambil keputusan untuk tidak kembali ke industri muzik dengan album baharu, ibu kepada dua cahaya mata ini akan terus berkhidmat sebagai penulis lagu dan dia sudahpun memberikan 20 karyanya kepada beberapa pihak.

Ads

“Bila saya menulis, saya menulis untuk menggembirakan hati atau saya menulis untuk orang lain. Bila menulis saya menulis dengan nama lain agar tidak dikenali dan sejujurnya saya suka perkara ini,” tambahnya lagi.

BACA JUGA: Britney Spears Akui Gugurkan Kandungan Hasil Hubungan Dengan Justin Timberlake

Ads

Selain itu Britney turut menyentuh isu mengenai buku autobiografinya yang dilancarkan tahun lalu.

Ads

Ujarnya, “Ada pihak yang menyatakan bahawa buku saya diterbitkan tanpa kebenaran saya secara sah. Perkara ini tidak benar. Adakah anda membaca berita sejak kebelakangan ini. Saya berasa sangat dicintai dan dirahmati.”

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI