Kisah rumah tangga pelakon Sharifah Sakinah yang telah berakhir bersama suaminya, Alif Adha Jamil pada Mei lalu mendapat perhatian meluas daripada peminat.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Sakinah yang kini melalui fasa penceraian ada menitipkan kata buat para pengikutnya di Instagram.
Jelas adik kepada Sharifah Shahirah ini, dia menzahirkan ucapan terima kasih buat yang memberikan semangat.
Juga, dia kini memilih untuk fokus terhadap kerjaya seni.
“Saya mungkin diam dan tidak memberi reaksi terhadap mesej yang diterima. Terima kasih untuk mereka yang menyokong dan kepada mereka yang menghina. Ingat anda semua mempunyai keluarga juga.
Ads
“Saya tidak akan menjadikan bahagian hidup yang ini sebagai drama, saya tidak akan menghuraikan dan ingin menumpukan perhatian pada kerjaya saya.
“Sekiranya sesiapa yang mempunyaimasalah dengan apa pilihan saya dalam hidup, pakaian yang dipakai, atau tindakan saya anda boleh ‘unfollow’ ruangan ini.
“Jangan ragu untuk memberi komen, cuba jangan saling bertengkar, kita semua mempunyai perkara yang lebih baik untuk dilakukan hari ini. #penggoda #pendosa,” tulisnya.
Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein menyifatkan kepercayaan merupakan aspek paling penting dan perlu dipertahankan dalam perhubungan suami isteri demi membina keluarga yang bahagia.
Menurut Elly atau nama sebanarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, jika kepercayaan itu direntap, keharmonian rumah tangga tidak akan sama seperti sebelumnya.
“Saya cakap kepada suami, perkara ini mudah sahaja. Sebagai suami isteri, kita kena saling ada kepercayaan. Namun, jangan sampai pasangan kita hilang kepercayaan itu.
“Bila hilang percaya, bermula dari situ kita akan ragu-ragu dan susah untuk kembali percaya. Sebab itu ada wanita sering kali mesej dan telefon untuk bertanya keberadaan suami.
“Kalau kita tak pernah buat hal, pasangan akan sentiasa percaya. Itu yang saya buat sampai sekarang. Saya tak pernah periksa telefon atau dompet suami. Saya tak mahu ada hubungan yang toksik,” katanya kepada MH.
Pengacara program Kilauan Emas 2024 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Pelancaran Cawangan Kelima & Pengumuman Duta Merchant 9, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Ahad.
Dalam pada itu, Elly turut menasihatkan setiap pasangan suami isteri untuk berfikir panjang sebelum terdetik untuk melakukan perkara yang boleh meruntuhkan rumah tangga.
“Kita sudah besar panjang, berkahwin dan punyai anak-anak. Sebelum nak buat apa-apa, pertama sekali, fikirlah anak-anak dan keluarga.
“Pada saya, jika kita waras dan fikirkan kesan-kesan yang akan ditanggung anak-anak, kita tidak akan buat perkara yang bukan-bukan.
“Disebabkan nafsu yang sekejap, yang merana nanti anak-anak dan keluarga. Mereka yang akan tanggung malu,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, tugas untuk memastikan keluarga sentiada dalam keadaan harmoni tidak seharusnya diletakkan kepada satu pihak sahaja.
“Saya cakap kepada suami, saya amat menyayangi dia. Janganlah buat saya hilang kepercayaan. Kalau sudah tidak percaya, rasanya tiada jalan lagi untuk bersatu.
“Papa tidak akan ada peluang. Ini juga nasihat untuk diri sendiri. Kalau ikutkan, kerja saya ini harus menjalani penggambaran dengan ramai orang. Macam-macam boleh jadi.
“Jangan fokus seorang sahaja. Suami dan isteri perlu sedar ruang dan kena tahu batas orang-orang yang sudah berkahwin,” akhirnya.
Terdahulu, Elly telah diumumkan secara rasmi sebagai duta kedia emas, Merchant 9. Malah, Merchant 9 juga turut melancarkan set barang kemas yang diberi nama Kepom Exclusive.
Selepas cawangan di Damai, Nilai, Sungai Besi dan Taman Tun Dr Ismail, kini cawangan ke lima Merchant 9 telah dibuka di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Majlis pelancaran di Wangsa Maju telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dijatuhi dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.
Memetik laporan Sinar Harian, hakim, Datuk Norsharidah Awang memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin, 49, yang dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November tahun lalu.
Sementara itu, penyanyi lagu Mimpi Laila itu menyifatkan keputusan tersebut adalah sesuatu yang pelik dan merupakan hari yang gelap buat sistem perundangan.
“Hari yang gelap dan keputusan yang sangat pelik. Apa yang saya tidak boleh terima kenapa saksi pakar tidak langsung diambil keterangan dan tidak dipakai (Mahkamah Tinggi).
“Itu sesuatu yang sangat pelik,” katanya ketika dipetik Kosmo Online.
Justeru, kata Yasin, dia akan membuat rayuan dalam masa terdekat menerusi peguamnya di Mahkamah Rayuan.
Dalam pada itu, Peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin memaklumkan akan memasukkan notis rayuan keputusan tersebut esok.
Beliau menegaskan, pihaknya percaya Yasin tetap tidak bersalah dan perlu menjalani rawatan yang diterimanya sekarang di Hospital Bahagia Ulu Kinta.
“Keputusan hari ini, kita akur dan hormat dan Mahkamah Tinggi ada hak untuk mengesahkan atau menukar apa-apa keputusan di Hakim Mahkamah Sesyen.
“Kita ada satu lagi lapisan di Mahkamah Rayuan dan kita akan lawan di peringkat tersebut,” katanya.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi kes kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan ketiga, Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Pada 29 November 2023, Yasin dilepas dan dibebaskan atas tiga kes dadah itu, namun mahkamah mengarahkan dia ditempatkan di bawah jagaan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selama tempoh perkenan Sultan Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Kosmo, Sinar Harian & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada berkongsi cerita bersama pengikut di Instagram bahawa dia suka dengan perkongsian dari kenalan yang juga usahawan, Nurin Afiqah.
Jelas Nurin, dia suka menjalinkan hubungan dengan rakan positif sekali gus mendorongnya untuk sama-sama melakukan kebaikan.
Mawar menambah, dia turut mendapat satu perkongsian yang bermanfaat terhadap perkara tersebut.
“Harini mok cik ni cakap benda yang Mawar suka.
”Nak tau tak dia share ape ngn Mawar? I suka kawan org yg educated, and positive ni, buat kita lebih nak jd yg lebih baik, and buat benda baik.
”Mok cik ni, doa suka membaca, so dia share lah ngn Mawar 2 benda harini, best!
“1. Ingat nama orang. Kalau boleh ingat nama penuh lagi bagus.. org akan happy kalau kita sebut nama dia. And orang akan rasa dia penting kalau kita ingat nama dia
“2. Senyum.. senyum for no reason! Mawar ni mmg org yg suka senyumm.. Jgn cari sebab untuk senyum! Senyumankan satu sedekah. Gfan kata, kita bnyak senyum rezeki bnyk masuk! @arfanrashid.
“Mawar paling pantang kalau org buat muka! Rezeki tak masuk kalau buat muka! Setan suka! Okay byehehehehe @nurinafiqaaah,” tulisnya sambil memberikan kredit.